CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 132|Reply: 0

Janji persembahan sentuh perasaan

[Copy link]
Post time 16-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Awie, Ella bergabung kali pertama dalam konsert besar\rSELEPAS konsert Opera Hidup Wings mendapat sambutan menggalakkan pada penghujung April lalu, sekali lagi Istana Budaya akan digegarkan dengan konsert rock. Kali ini, pentas berprestij itu akan menyaksikan gabungan dua penyanyi terkemuka negara, Awie dan Ella.\r\n\n\n\n\rBerlangsung dari 12 hingga 15 Januari depan di Panggung Sari Istana Budaya, kedua-duanya menjanjikan persembahan yang bakal menyentuh perasaan penonton. Masing-masing mengatakan, konsert ini akan memaparkan kisah hidup mereka dengan sulaman barisan lagu popular kedua-duanya.\r\r\n\n\n\n\nApabila gandingan mereka diumumkan, pastinya penonton teringat kembali kepada lagu duet mereka, Baldu Biru. Pada konsert berkenaan, bukan sekadar lagu itu yang mungkin dipersembahkan, malah pelbagai lagi lagu bakal didendangkan bersama.\rBegitulah kata Awie yang tampak selesa bekerjasama dengan Ella, malah masing-masing tidak sabar untuk menjayakan konsert khas yang menggandingkan mereka ini buat kali pertama. \rAwie mahu konsert yang dibawakan Tall Order Productions milik pelakon terkenal, Hans Isaac ini menjadi buah mulut orang ramai, sekali gus antara persembahan yang akan diingati dalam tempoh masa yang panjang.\rPada sidang media konsert berkenaan di Istana Budaya kelmarin, Hans turut mengumumkan Edrie Hashim sebagai pengarah muzik bagi persembahan itu. Selain Edrie, barisan pemuzik yang turut mengiringi konsert ialah Ujang Exist (dram), Ujang (gitar), Fly (bass), Amir Feerza (perkusi), Kudin (keyboard) dan Jason Voo (keyboard).\r\n\n\n\rHadir sama pada sidang media itu ialah Timbalan Ketua Pengarah Istana Budaya, Nik Kamarulzaman Nik Husin.\rRekaan pentas pula adalah hasil ciptaan Raja Malek dan Jia-Wei Loo, individu yang pernah terbabit dalam produksi muzikal Puteri Gunung Ledang, P Ramlee dan Kampung Boy tidak lama dulu.\rMenurut Hans, latar belakang pentas diilhamkan daripada konsep hutan dan alam semula jadi yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa, tidak ubah seperti kehidupan Awie dan Ella yang juga ada naik dan turunnya.\r“Konsert selalu dikaitkan dengan muzik, jadi kali ini di samping penghayatan muzik saya juga mahu memaparkan aksi visual, tidak ubah seperti Awie dan Ella sedang bercerita. Dendangan lagu akan ditemani dengan perjalanan cerita yang menggambarkan kehidupan mereka dan secara tidak langsung menghasilkan persembahan muzik yang menyentuh perasaan.\r“Sasaran saya adalah untuk menggegarkan pentas Istana Budaya, dan tujuan saya bukan untuk mempersembahkan konsert heavy rock, tapi persembahan muzikal selama dua jam yang santai serta ringan untuk dihayati,\" katanya yang mensasarkan konsert itu untuk tontonan semua bangsa.\rHans yang sudah lama berhasrat menyatukan dua penyanyi ini berkata, sebanyak enam persembahan dilangsungkan sepanjang empat hari pertunjukan, dengan 8,000 tiket saja dikeluarkan.\rSementara itu, Awie dan Ella akui agak berat untuk mereka membawa gelaran raja dan ratu rock negara dan berasakan ia suatu tanggungjawab yang besar. Begitupun, gelaran itu pastinya dianggap pengiktirafan serta penghormatan buat mereka.\r“Sememangnya ia bukan suatu yang mudah tambah lagi dengan gelaran yang diberikan pun sudah cukup berat. Namun kami berdua akan memberikan yang terbaik untuk setiap persembahan nanti dan saya akan memastikan penonton dapat berasakan perasaan cinta yang kami sampaikan.\r“Inilah kerjasama pertama saya bersama Awie dalam sebuah konsert seperti ini. Sebelum ini kami hanya pernah digandingkan pada acara lebih kecil. Saya selesa bekerja dengan Awie, kerana kami bukanlah baru mengenali dan saya sendiri mengagumi Awie sebagai penyanyi rock yang unik,” kata Ella.\rJelas tergambar kedua-dua insan seni ini saling mengagumi antara satu sama lain, seperti kata Awie, sukar untuk mencari bakat baru yang membawakan imej rock seperti Ella.\r“Saya sudah menjadi peminat Ella sejak kali pertama menyaksikan persembahannya di Panggung Anniversari suatu ketika dulu. Pada masa itu, Jojie, kakaknya sebagai penyanyi latar. Tidak dinafikan pengaruh Ella sangat besar dalam industri seni dan tiada siapa yang mampu menandingi caranya menyanyi dan personalitinya yang tersendiri. Sememangnya dia adalah satu dalam sejuta,” tambah Awie yang menganggap Ella sebagai kawan rapatnya.\rBagi peminat yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan konsert eksklusif ini, boleh mendapatkan tiket di laman web www.ticket2u.biz dari harga RM40 hingga RM450. Serta segala pertanyaan mengenai tiket boleh dibuat di talian 03-41478600.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.059894 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list