CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 142|Reply: 0

Sebuah lagi masjid dibakar

[Copy link]
Post time 16-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pelampau Yahudi dipercayai turut conteng dengan patung HebrewRAMALLAH: Perosak harta benda awam membakar sebuah lagi masjid di Tebing Barat semalam dan mencontengnya dengan patung Hebrew. Kejadian itu disyaki dilakukan pelampau Yahudi yang menjadi dalang di sebalik keganasan meningkat ke atas rakyat Palestin dan tentera Israel.\n\n\n\n   Gabenor Ramallah, Laila Ghanam, berkata perosak mencurah minyak tanah di masjid perkampungan Burqa sebelum membakarnya.\n\n\n\n\n\n   Perkataan Yahudi untuk ‘perang’ dan ‘kumpulan Yitzhar’ satu rujukan kepada penempatan radikal Yahudi, diconteng dengan warna merah pada dinding, manakala  permaidani dan kerusi dibakar.Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penduduk penempatan menyerang rakyat Palestin dan tentera Israel sebagai tentangan terhadap operasi kerajaan Israel yang dilihat mereka sebagai bersimpati kepada rakyat Palestin.Awal pagi semalam, pasukan keselamatan Israel merobohkan dua struktur di satu penempatan luar Yahudi tidak diluluskan di Tebing Barat digelar Mizpe Yitzhar.Peningkatan serangan, jumlah tangkapan yang jarang berlaku dan kekurangan pendakwaan mencetuskan tuduhan bahawa kerajaan Israel tidak bertindak cukup tegas ke atas pelampau selepas dua tahun mengganas.\n\n\nKelmarin, selepas satu serangan ke atas pangkalan tentera Israel, Perdana Menteri Benjamin Netan-yahu meluluskan langkah mengetatkan kawalan ke atas pelampau, termasuk memberi tentera kuasa membuat tangkapan dan melarang pelampau daripada kawasan perbalahan. Sementara itu di BAITULMAQDIS, Israel semalam membuka semula  laluan kayu kontroversi ke perkarangan masjid Al-Aqsa kira-kira 48 jam selepas ia ditutup atas sebab keselamatan dalam satu langkah yang mencetuskan kemarahan penduduk Islam.“Ia dibuka semula pagi ini,” kata jurucakap polis, Micky Rosenfeld kepada AFP, sambil menyifatkan ia dibuka seperti biasa kepada pelawat Kristian dan Yahudi.Beliau berkata tiada kerja dilakukan untuk menstabil atau meminda laluan terbabit, tetapi sebuah kereta bomba diletakkan berhampiran dan tempat lain yang tidak dinyatakan sebagai langkah pengawasan. – AP/AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.056316 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list