CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 137|Reply: 0

Dengarnya...: Perang Adlin, Chef Wan?

[Copy link]
Post time 20-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Dengarnya...: Perang Adlin, Chef Wan?Oleh Normah Becok2011/12/20\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nNAMPAK marah betul Adlin Aman Ramlie kepada juri Maharaja Lawak Mega, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan disebabkan komen lanjutan kenapa dan mengapa dia tersingkir dari pertandingan itu di laman Facebooknya (FB). \rDalam coretan ketua tukang masa glamour tersohor itu, ada juga diselitkan mengenai sikap Adlin yang menyindir juri menerusi bahan lawaknya.\r\n\n\n\n\rPanjang jugalah penerangan Wan dalam ruangan berkenaan. Sebagai membalas ‘kupasan’ berkenaan, Adlin mengambil pendekatan sama, namun lebih panas apabila mengumumkan FB akan menjadi medan pertempuran maya buat mereka berdua. Ia dilakukan akuinya sebagai tindakan mempertahankan diri daripada ‘serangan’ Chef Wan.\r\r\n\n\n\n\nMembawa ayat demi ayat yang digunakan Adlin itu kita sudah dapat menjangka ia ditulis ketika sedang emosional atau mengikut perasaan. Masa tengah panas kata orang. Cuma Cik Normah pelik dengan tindakan pelakon, aktivis teater, pengarah yang sudah kerap diundang menjadi juri termasuk Akademi Fantasia. Sanggup dia meletakkan tahapnya seperti budak baru mengenal dunia hiburan sehingga cepat melatah tatkala dicuit. Sedangkan, dia mengeluarkan kata-kata pedas pada orang lain, tak apa pula. Tak ada pun orang nak ambil hati pada Adlin kecuali kalau cakapnya memang melampau atau kasar sangat.\rBagi Cik Normah tak salah dia mahu membalas komen terbabit tetapi biarlah secara bijak. Orang akan lebih menghormatinya sebagai anak seni yang punya kredibiliti malah Cik Normah yakin Chef Wan juga akan tabik. Ini tidak, siap melancarkan perang lagi. Kalau pun perbuatan Chef Wan mengupas segala perihal pertandingan itu terutama berkaitan dirinya di laman peribadi sendiri dilihat kurang profesional, cuba berhemah sedikit tatkala menanganinya. \rBukan dia tidak pernah duduk di kerusi juri atau kurang biasa menggunakan ayat pedih telinga kepada calon. Jadi terimalah semua tu dengan hati terbuka. Begitu juga komen juri, anggap saja ia pengisian untuk kebaikan diri.  Cik Normah faham Adlin bengang sebab Chef Wan membawa perihal pertandingan hingga ke luar gelanggang sepatutnya. \rCik Normah tak mahu menyebelahi sesiapa kerana perbuatan Chef Wan mengulas perihal sikap Adlin di laman sembang juga kurang wajar. Apa pun sudah-sudahlah.\r\n\n\n Harap-harap selepas ini mereka dapat membuang yang keruh, ambil yang jernih.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.057873 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list