CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 157|Reply: 0

Lin Dan sahut cabaran Terbuka Malaysia

[Copy link]
Post time 20-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
SELEPAS mencetus kontroversi apabila menarik diri menentang Lee Chong Wei pada separuh akhir tahun lalu, Lin Dan akan tampil sekali lagi beraksi dalam Terbuka Malaysia-Maybank 2012 di Stadium Putra, Bukit Jalil dari 10 hingga 15 Januari 2012.\r‘Super Dan’ yang baru melengkapkan pencapaian memenangi semua kejuaraan utama dunia dalam kerjayanya  selepas memenangi Final Siri Super Dunia 2011 buat pertama kali di Liuzhou minggu lalu mengesahkan penyertaan menyertai kejohanan itu bersama rakan senegaranya, Chen Long.\r\n\n\n\n\r  Turut akan bertanding dalam kejohanan bernilai AS$400,000 (RM1.2 juta) itu adalah Chong Wei yang akan cuba menyamai catatan Wong Peng Soon yang memegang rekod lapan kejuaraan ketika mewakili Malaya sekitar 1940 hingga 1950-an.\r\r\n\n\n\n\n  Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohamed Al-Amin Abdul Majid berkata, kejohanan Siri Super BWF OSIM sudah berkembang dengan kukuhnya sejak beberapa tahun lalu, terutama di Malaysia. \r“Kejohanan Terbuka  Malaysia  ini mendapat penyertaan yang terbaik dalam sejarah, dengan pergelutan kuasa bagi pemain lelaki khususnya dan harapan bagi kejohanan ini adalah amat tinggi,” katanya.\rSementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran Maybank, Mohamed Adam Wee berkata: “Badminton sentiasa mempunyai ramai pengikut di Malaysia, kami amat berbangga  kerana dapat bekerjasama dengan BAM bagi membawa pemain terbaik dunia ke Stadium Putra Bukit Jalil.”

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.071079 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list