CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 151|Reply: 0

PKNS sasar enam teratas liga

[Copy link]
Post time 22-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Dua pemain import dari Perancis, 10 muka baru tempatan jadi sandaran\rSELEPAS lapan musim di Liga Perdana dan akhirnya muncul juara musim lalu, PKNS FC meletakkan sasaran realistik menamatkan aksi sulung di pentas Liga Super musim ini pada kedudukan enam teratas.\r\n\n\n\n\r  Presiden PKNS FC, Noor Hisham Mohd Ghouth berkata, sasaran itu mampu dicapai jika para pemain skuad dengan peruntukan RM7 juta itu mempamerkan prestasi diharapkan sambil diperkuat 12 pemain baru termasuk dua import dari Perancis - Helmi Loussaief, 25, dan Dawood Nicoise, 27.\r\r\n\n\n\n\n “Sasaran enam teratas Liga Super adalah sasaran yang mampu dicapai. Kita tak mahu terus letak sasaran tinggi untuk muncul juara atau kedudukan tiga teratas pada musim pertama ini.\r“Walaupun tanpa pemain berstatus bintang, kita dibarisi pemain muda yang mempunyai keazaman tinggi, komitmen jitu, berdisiplin dan bertekad menaikkan imej PKNS FC,” katanya pada majlis memperkenalkan pemain dan jersi baru tajaan Lotto di Shah Alam, semalam.\rPKNS FC mengekalkan 10 pemain lama antaranya kapten Fadhil Hashim, Fauzan Dzulkifli, Razi Effendi Suhit, Azrif Nasrulhaq Badrul dan Khairul Akhyar Hussain selain menyerap tiga pemain dari skuad Piala Presiden.\rSeramai 10 muka baru tempatan dibawa masuk iaitu Remezey Che Ros, Ahmad Azlan Zainal, Azwan Abdul Malek, Farouk Hashim (Kuala Lumpur), Rudie Ramli (Selangor), Helmi Remeli (Terengganu), Fazli Baharudin (Pahang), Fahrul Nizwan Ab Nasir (Tentera), Faizal Nasir (Pos Malaysia) dan Hafidz Romly (Pulau Pinang).\r\n\n\n\rSementara itu, jurulatih PKNS FC, Abdul Rahman Ibrahim memberitahu, skuadnya baru pulang dari Ho Chi Minh City, Vietnam, kelmarin selepas bertemu Saigon FC sebanyak dua kali - tewas 0-1 dan menang 4-1.\r“Kedua-dua pemain import kita juga beragama Islam dan ia memudahkan lagi kita membentuk keserasian dalam pasukan. Sebelum aksi sulung Liga Super bertemu Johor FC (10 Januari), kita ada dua lagi aksi persahabatan menentang Lions XII (28 Disember) dan Sime Darby (31 Disember),” ujarnya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.128047 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list