CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 133|Reply: 0

Abdullah galas tugas ketua jurulatih Perlis

[Copy link]
Post time 24-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BEKAS pengendali skuad Piala Presiden Kedah 2004, Abdullah Hassan sah dilantik selaku ketua jurulatih skuad Liga Perdana Perlis untuk menghadapi kempen Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.\rSetiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Ku Besry Ku Aziz berkata pengendali itu menjadi pilihan selepas mengambil kira beberapa faktor, biarpun terdapat beberapa calon lain turut dipertimbang bagi mengisi jawatan berkenaan.\r\n\n\n\n\r  “Dia memiliki kelayakan Lesen A selain berpengalaman sebagai ketua jurulatih skuad Kedah (Piala Presiden),” katanya, semalam.\r\r\n\n\n\n\n  Sementara itu, Ku Besry mengesahkan dua pemain import dari benua Afrika dan lima import tempatan bakal menguatkan cabaran skuad 25 pemain bagi musim 2012.\rKedua-dua pemain asing itu ialah Lamin Conteh Jr - bekas pemain tengah Perlis ketika menjulang kejuaraan Liga Super 2005 dan Piala Malaysia 2006 serta penyerang dari Sierra Leone, Henry Selix Lewis.\rKu Besry turut memaklumkan PFA menerima sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM150,000, Isnin lalu  disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu kepada pengurus pasukan, Azhar Ahmad yang juga Timbalan Presiden PFA. Ia untuk membiayai perbelanjaan selain menyelesaikan tunggakan pembayaran pemain dan pegawai pasukan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.057568 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list