CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 205|Reply: 0

Skandal adegan panas

[Copy link]
Post time 24-12-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Finalis Dewi Remaja positif berdepan isu kontroversi\rTUAH menyertai pertandingan Dewi Remaja seakan menjadi satu trend untuk menempa nama dalam dunia glamour, ditambah lagi dengan pakej yang sempurna dengan rupa yang cantik dan bakat untuk digilap sebagai pelakon. \r\n\n\n\n\r                Kemunculan Scha AlYahya, Neelofa, Rita Rudaini, Rozita Che Wan dan ramai lagi yang mewarnai dunia lakonan atas tiket Dewi Remaja menyebabkan ramai anak gadis yang mencuba nasib menjadikan pertandingan itu sebagai jambatan untuk bergelar artis.\r\r\n\n\n\n\n                Tempias sama turut terkena kepada dua pelakon baru, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin (Tilla) dan Siti Aishah Illias (Aisha).\rWalaupun hanya bergelar finalis pertandingan terbabit tetapi bertuah kerana ditawarkan watak utama dalam projek filem Scandal arahan Dain CJ terbitan Manja Citra. \rPemilihan mereka berdua untuk membawa watak utama dalam filem yang diadaptasi dari novel tulisan Ritchie Rachman itu bagaikan sebuah mimpi apatah lagi terpaksa bersaing sembilan gadis lain untuk peranan itu.\rFinalis Dewi Remaja 2010, Tilla yang diberi peranan watak sebagai Diana dalam filem Scandal mengakui terkejut dengan pemilihannya untuk membawa salah satu watak utama kerana persaingan sengit yang diterimanya.\r\n\n\n\r\"Selepas Dewi Remaja saya lebih tumpu kepada bidang peragaan namun tidak dinafikan ada menerima tawaran untuk berlakon. Saya tidak terfikir untuk terjun dalam bidang lakonan. \r\"Saya hantar penyertaan untuk uji bakat filem Scandal ini sekadar mencuba dan tidak sangka pula layak hingga pemilihan terakhir dan diberi tanggungjawab sebagai pelakon utama. Tambahan pula semasa uji bakat, turut disertai pelakon yang sudah ada pengalaman berlakon.\r\"Filem Scandal adalah langkah pertama dalam lakonan dan untuk memperkenalkan diri kepada khalayak. Sebenarnya saya agak gusar sekiranya dilabelkan dengan banyak kontroversi menerusi watak dalam filem ini, tapi saya cuba ambil positif supaya lakonan sebagai Diana menjadi,\" katanya.\rKata Tilla, dia menganggap dirinya bertuah dapat bernaung di bawah produksi Manja Citra kerana menerima pendedahan dalam asas lakonan daripada pakar sebelum beraksi di depan kamera.\r\"Sebelum penggambaran dimulakan, semua pelakon akan memasuki kelas lakonan di bawah kendalian Fauziah Nawi yang dijalankan di Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP). Saya rasa bertuah kerana dibimbing oleh pelakon hebat sepertinya kerana peluang ini sukar diperoleh sedangkan pelakon lain sukar untuk mendapatkan tunjuk ajar darinya. \r\"Selain itu, kami juga disediakan kelas tarian dan kelas aksi lasak sebagai salah pendedahan dalam asas lakonan,\" katanya lagi.\rBagi Aisha pula, walaupun agak lewat untuk terjun dalam bidang lakonan berbanding peserta seangkatannya dalam Dewi Remaja 2005, gadis kelahiran ibu kota ini tidak mahu jadikan itu sebagai alasan tapi menganggap rezekinya dalam lakonan belum tiba. \r\"Sebagai bakat baru dalam bidang lakonan, saya berharap lakonan saya dapat diterima dan ingin melihat sejauh mana rezeki dalam bidang ini. Sekiranya rezeki terus berpihak kepada saya, mungkin saya akan terus berlakon,\" katanya.\rMenceritakan wataknya sebagai Kamelia, Aisha dapat merasakan cabaran besar yang harus dibawanya tambahan dengan ilmu lakonannya yang masih baru. \r\"Saya membawa watak sebagai Kamelia dan mempunyai teman lelaki yang kaya, namun hubungan mereka mendapat tentangan keluarga. Akibatnya saya dirogol diatas komplot yang dilakukan oleh keluarga teman lelaki.\rKatanya lagi, walaupun terdapat babak lakonannya yang sedikit panas, namun dia tahu akan batas lakonan dan menganggap filem di Malaysia mempunyai batasan dalam melakonkan aksi yang dianggap keterlaluan. \rSelain Tilla dan Aisha sebagai teraju utama, pelakon Bkay Nair turut dipilih untuk membawa watak utama sebagai Cindy. \rPenggambaran dijangka bermula Disember 2011 hingga Januari 2012 yang mana tempat menarik yang bakal menjadi pilihan ialah Dubai, Paris, Korea dan Kuala Lumpur. \rPROFIL\rNama: Siti Nursyatilla Amirol Melvin\rNama Komersial: Tilla Melvin\rTarikh Lahir: 8 Februari 1991\rAsal: Parit Buntar, Perak\rDarah Campuran: Serani (Ayah) & Melayu (Ibu)\rPencapaian: Finalis Dewi Remaja 2010\rKerjaya: Pelakon dan Model\rFilem: Scandal\rNama: Siti Aishah Ilias\rNama Komersial: Aisha\rTarikh Lahir: 5 September 1987\rAsal: Kuala Lumpur\rKeturunan: Melayu\rPencapaian: Finalis Dewi Remaja 2005\rKerjaya: Pelakon dan Model\rFilem: Scandal

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.081350 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list