CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 210|Reply: 0

Maher Zain terharu

[Copy link]
Post time 28-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Penghormatan, sambutan meriah timbul hasrat untuk datang lagi ke Perak \rKONSERT Maher Zain Untukmu Rakyat yang diadakan di Stadium Perak, Sabtu lalu, berjaya menarik lebih 30,000 orang daripada pelbagai peringkat usia bukan saja di Perak tetapi juga dari negeri lain berdekatan seperti Pulau Pinang dan Selangor.\r\n\n\n\n\rPeminat setia penyanyi kelahiran Lebanon yang bermastautin di Sweden itu mula membanjiri stadium seawal jam 7 petang bagi menyaksikan konsert yang diacarakan Datuk AC Mizal bermula jam 8.45 malam dengan Ramli Sarip menjadi penyanyi undangan bagi membuka tirai persembahan dengan lima lagu popularnya, seperti Doa Buat Kekasih dan Kamelia.\r\r\n\n\n\n\nKonsert diteruskan dengan persembahan Irfan Makki iaitu penyanyi kelahiran Pakistan yang kini bermastautin di Kanada. Dia menyanyikan enam lagu antaranya, Waiting For The Call, Allahu, Mama dan You Never Walk Alone iaitu lagu yang pernah dipopularkan Michael Jackson.\rSelepas lebih sejam menanti, peminat akhirnya bersorak gamat apabila penyanyi kesayangan mereka, Maher Zain memulakan persembahannya dengan mendendangkan Allahuakbar.\rPenyanyi yang murah dengan senyuman itu mendendangkan 15 lagu, antaranya Insyaallah, Barakallah, Thank You Allah dan Hold My Hand. Malahan dia turut menjemput Irfan Makki untuk berduet dalam lagu I Believe.\rMaher juga sempat mengenakan pakaian baju Melayu ungu lengkap bersampin pemberian Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika mendendangkan dua lagu sebelum menamatkan persembahan kira-kira jam 11.30 malam.\r\n\n\n\rDr Zambry yang ditemani isteri, Datin Seri Saripah Zulkipli serta beberapa exco negeri turut menonton konsert itu yang diadakan sebagai salah satu usaha kerajaan negeri untuk mempromosi Tahun Melawat Perak 2012.\rBercakap kepada pemberita kemudiannya, Maher Zain berkata ia adalah konsert kedua terbesar yang pernah diadakan di Malaysia tetapi kali ini lebih menimbulkan kenangan kerana pertama kali muncul berpakaian baju Melayu ketika melakukan persembahan.\r\"Masyaallah, saya sangat gembira dan sambutan peminat di Perak sangat hebat. Saya sangat bertuah dapat melakukan persembahan sebegini di sini. Satu kesempatan yang begitu bermakna sekali.\r\"Baju Melayu itu adalah pemberian Menteri Besar dan ia satu penghormatan buat saya yang sangat bertuah dapat memakai pakaian rasmi rakyat Malaysia pada malam ini. InsyaAllah, saya akan datang lagi dan amat berbesar hati untuk datang semula ke Perak untuk melakukan persembahan lagi,\" katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.324984 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list