CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 106|Reply: 0

Awas! Ujian ke-2

[Copy link]
Post time 31-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
FAM pantau negeri urus gaji awang importSEMBILAN pasukan Liga Super dan enam pasukan Liga Perdana mungkin lega sudah lulus ‘ujian pertama’ apabila pemain import diambil mereka berada dalam kelompok 25 awang import dibenarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) beraksi untuk Liga Malaysia (Liga-M) 2012.Namun ‘ujian kedua’ bakal menyusul selepas ini apabila FAM akan membuat pemantauan ketat setiap dua bulan bagi memastikan tidak berlaku masalah gaji tertunggak di kalangan semua 14 pasukan Liga Super dan 12 pasukan Liga Perdana sepanjang musim ini.\n\n\n\n“Pihak FAM sudah mengkreditkan wang geran dan insentif kemenangan Liga-M 2011 kepada semua pasukan negeri dan kelab berjumlah RM5,167,762.23 pada 28 Disember (Rabu lalu). Jadi semua pasukan boleh memulakan kempen 2012 ini dengan memiliki dana kewangan. \n\n\n\n\n“Saya nasihatkan semua pasukan menggunakan wang terbabit (purata sekitar RM300,000 hingga RM400,000 setiap pasukan) untuk memastikan gaji pemain diutamakan termasuk juga caruman KWSP, Perkeso dan LHDN.“Kita akan pantau situasi ini setiap dua bulan sekali dan mana-mana pasukan bermasalah akan dikenakan tindakan tegas,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin. Ketegasan FAM itu wajar dipuji kerana ia bagi memastikan imej Malaysia tidak tercalar di mata dunia kerana andai berlaku masalah tunggakan gaji membabitkan pemain import, ia pasti ‘menakutkan’ pemain handalan dari luar untuk beraksi di Liga-M.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.053379 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list