CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 123|Reply: 0

Norhafiz tak goyah tanpa Ferreira

[Copy link]
Post time 31-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
TANPA kehadiran pemain import dari Brazil, Marquen Nuquen Gocalves Ferreira yang gagal melepasi syarat, nyata tidak menjejaskan komitmen pemain berpengalaman, Norhafiz Zamani Misbah untuk mengemudi benteng Negeri Sembilan menjelang pertemuan dengan Kelantan dalam perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Kota Bharu, 7 Januari ini.\rGocalves Ferreira adalah pemain yang berada dalam perancangan awal  untuk digandingkan dengan Norhafiz dalam usaha memantapkan di bahagian pertahanan namun pemain itu gagal melepasi syarat ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).\r\n\n\n\n\r  Bagi Norhafiz dia sentiasa bersedia bergandingan dengan mana-mana pemain ditetapkan ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah malah yakin dengan kemampuan melaksanakan tugasan dengan cemerlang.\r\r\n\n\n\n\n  “Ketiadaan Gocalves Ferreira tidak akan menjejaskan keseluruhan kekuatan pasukan kerana saya yakin jurulatih mempunyai kepakaran dalam menyusun strategi terbaik untuk membentuk pasukan mantap.\r“Ada beberapa pemain tempatan mampu mengisi posisi ini. Setakat ini saya diberi peluang bergandingan dengan Mohd Alif Shamsuddin yang sudah tampak ada keserasian. Dia ada kesungguhan yang tinggi,” katanya semalam.\rNegeri Sembilan akan melengkapkan siri perlawanan persahabatan menentang Harimau Muda B di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, 3 Januari ini selepas menang ke atas Polis, 2-0, kelmarin.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.054403 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list