CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 128|Reply: 0

Arahan: ‘Sapu’ semua piala!

[Copy link]
Post time 1-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kelantan harus jadi berani apabila  ke persada antarabangsa: AnnuarSKUAD Kelantan memikul tugas berat  tahun ini dalam misi memastikan setiap piala dipertandingkan musim 2012 dapat dibawa pulang, termasuk Piala AFC.Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, menegaskan barisan The Red Warriors (TRW) itu harus mencipta sejarah dalam sukan bola sepak tanah air dengan membawa pulang semua piala berkenaan ke bumi Cik Siti Wan Kembang.\n\n\n\n  Katanya, semua itu bukan misi mustahil atau mimpi di siang hari kerana TRW sudah mempunyai Peter James Butler, seorang jurulatih yang mempunyai banyak pengalaman di peringkat antarabangsa selain pemain import yang berkaliber serta berkualiti tinggi.\n\n\n\n\n  “KAFA sudah memberitahu kepada Butler bahawa beliau harus lebih cemerlang daripada apa yang dicipta TRW tahun ini, kalau sebelum ini menjadi naib juara Piala FA, jurulatih itu harus mencipta kejayaan dengan menjuarainya.“Begitu juga dengan pemain terutama pemain import, harus bekerja keras mempertahankan piala yang pernah kita genggam, bukan sekadar berpuas hati dengan menjadi naib juara saja.“Malah, Kelantan harus menjadi pasukan yang berani apabila memasuki persada antarabangsa iaitu dalam Piala AFC terutama menentang kelab rantau ini. Pengurusan KAFA hanya boleh memberi rempah ratus, hendak masak bagaimana, terpulang kepada jurulatih dan pemain,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran jersi baru TRW, di sini, semalam.Untuk musim baru ini, TRW akan memiliki empat jenis jersi baru iaitu dua bagi perlawanan di gelanggang sendiri dan dua pemain di tempat lawan, manakala bagi Piala AFC, akan memakai jersi lain pula.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.057901 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list