CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 139|Reply: 0

Bisnes Dunia: Model Corolla catat jualan paling laris

[Copy link]
Post time 3-1-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Kereta saiz kecil, sederhana dapat sambutan pengguna seluruh dunia sepanjang 2011GEMPA bumi dan tsunami, banjir, pengukuhan yen adalah antara cabaran besar yang terpaksa dihadapi pengeluar kenderaan Jepun sepanjang 2011.Cabaran itu juga menyaksikan jualan global Toyota Motor susut enam peratus dan syarikat itu tergelincir daripada tangga teratas sebagai pengeluar kenderaan terbesar dunia.\n\n\n\n  Sungguhpun berdepan gangguan pengeluaran, manakala tekanan nilai mata wang yen pula menjadikan kenderaannya lebih mahal di luar Jepun, model Corolla muncul sebagai kereta paling laris di dunia.\n\n\n\n\n  Dikeluarkan di 15 negara termasuk kilang terbaru di Mississippi, Amerika Syarikat dan dijual di lebih 140 pasaran, Corolla adalah definisi tepat bagi sebuah kereta ekonomi; kecil, murah, jimat petrol dan tahan lasak.Tahun lalu, Toyota menjual kira-kira 1.02 juta unit model Corolla, susut dua peratus berbanding tahun sebelumnya, demikian mengikut unjuran hujung tahun IHS Global Insight. Angka jualan rasmi akan diumumkan bulan ini.Bagaimanapun, 2011 adalah tahun lebih sukar lagi bagi Honda Motor, yang menerima kesan ketara susulan tidak cukup bekalan peralatan akibat bencana alam.Tinjauan mengecewakan bagi kereta kompak Civic yang menerima reka bentuk baru memburukkan lagi keadaan.Jualan Civic pada 2011 susut 12.5 peratus daripada 2010. Dua tahun lalu, Civic adalah kereta kelima paling popular di dunia.Tahun ini, dengan jualan 555,071, ia tidak termasuk dalam senarai 10 kenderaan paling popular.Pesaing mengambil kesempatan daripada masalah dihadapi pengeluar kenderaan Jepun. Volkswagen, Hyundai Motor dan Kia Motors bersaing dalam perlumbaan jualan global.Hyundai Elantra, dikenali sebagai Avante di Korea, hari ini sama popular seperti Corolla, dengan unjuran jualan 1.01 juta unit.Dua tahun lalu ia tidak termasuk dalam senarai 10 kenderaan paling popular dunia.Kereta sub-kompak Kia Rio, yang menerima sentuhan reka bentuk baru, berada di kedudukan kelima dunia, dengan unjuran jualan 815,000, tetapi kira-kira 500,000 daripadanya adalah Rio generasi lama, dibina dan dijual di Iran oleh rakan kongsi, SAIPA, yang menguasai separuh pasaran automotif Iran.Volkswagen, yang menyasarkan menjadi pengeluar automotif terbesar dunia menjelang 2018, merancakkan momentum.Barisan kereta saiz kecil dan sederhana Jetta, Golf dan Passat, adalah antara kereta terlaris pada 2011.Persamaan dikongsi pengeluar kenderaan utama global itu ialah mereka menjual model global. - Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.083122 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list