CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 122|Reply: 0

PHB majukan tapak Unilever

[Copy link]
Post time 4-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
UEM Group sahkan hantar bidaan bangun  hartanah 7.6 hektar di Bangsar\rSATU lagi projek hartanah bernilai berbilion ringgit akan dibangunkan di Kuala Lumpur tidak lama lagi.\r\r  Projek itu akan dimajukan di bekas tapak kilang Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd di persimpangan Jalan Bangsar serta Jalan Maarof yang sebelum ini dimiliki Perbadanan Aset Keretapi (PAK).\r\n\n\n\n\n\rPemilik baru tanah berkenaan, iaitu Pelaburan Hartanah Bumiputera Bhd (PHB) akan membuat pengumuman rasmi mengenai projek itu selepas melantik pemaju yang sesuai pada separuh pertama tahun ini.\rPengarah Urusan dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Kamalul Arifin Othman berkata, tawaran tender bagi pembangunan projek di tanah seluas 7.6 hektar itu sudah pun dikeluarkan kepada beberapa syarikat yang layak sekitar tahun lalu.\r“PHB bagaimanapun masih belum memutuskan syarikat yang dipilih, namun jika semuanya berjalan lancar, pengumuman rasmi mengenai perlantikannya serta jenis projek dan tempoh pembangunannya akan dibuat dalam separuh pertama 2012 ini,” katanya kepada Berita Harian ketika dihubungi di Kuala Lumpur semalam.\rDifahamkan antara syarikat yang dipelawa mengemukakan tender bagi pembangunan tanah berkenaan ialah anak syarikat hartanah UEM Group, UEM Land Holdings Bhd, Mah Sing Group Bhd dan Land & General Bhd (L&G).\rSementara itu, sumber industri berkata, projek yang dianggarkan akan memiliki nilai pembangunan kasar kira-kira RM5 bilion itu bakal membabitkan pembangunan bercampur yang antara lain meliputi apartmen servis mewah, menara pejabat serta rangkaian peruncitan itu.\rKatanya, projek itu juga akan menepati deraf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020, selain turut menjadi pelengkap kepada beberapa projek hartanah lain yang akan turut dibangunkan di kawasan berhampirannya, termasuk KL Eco City dan Setia Federal Hill yang akan dimajukan SP Setia Bhd.\rPHB yang ditubuhkan pada 2005 kebelakangan ini dilihat makin aktif melabur dan menambah pemilikan hartanahnya dengan yang terbaru termasuk pembelian Hospital Pakar DEMC di Shah Alam, Selangor.\rAnak syarikat milik Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera itu juga turut memiliki beberapa hartanah di beberapa lokasi utama di sekitar Lembah Klang seperti Nu Sentral di KL Sentral, Tesco Setia Alam, dan Menara Bumiputra Commerce di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.\rPembelian dan pelaburan PHB dalam hartanah berkenaan bertujuan   mempelbagaikan portfolio hartanahnya dalam Amanah Hartanah Bumiputera, sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai Bumiputera meraih manfaat daripada potensi pelaburan dalam hartanah di lokasi strategik.\rSementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif UEM Group, Datuk Izzaddin Idris ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah memasuki tender bagi pembangunan projek berkenaan, namun sehingga kini masih lagi belum menerima maklum balas daripada pemilik projek berkenaan.\r“Kami sudah memasuki tender bagi memajukan projek di tanah itu, tetapi kami masih belum menerima sebarang maklum balas,” katanya. Mah Sing dan L&G, bagaimanapun gagal dihubungi.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.048344 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list