CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 176|Reply: 0

Amaran keras buat KOM, PABM

[Copy link]
Post time 5-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Jika enggan beri penjelasan saya akan ambil tindakan: Ahmad Shabery\rMENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam, memberi amaran tidak akan teragak-agak menggunakan kuasanya sebagai menteri untuk bertindak terhadap isu dua atlit negara yang gagal ujian doping ketika beraksi pada Sukan SEA Palembang, baru-baru ini.\r\n\n\n\n\r   Kata dua itu diberikan kepada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) jika kedua-duanya terus berdiam tanpa mengemukakan laporan lengkap kerana ia membabitkan maruah negara.\r\r\n\n\n\n\n   “Jika mereka (KOM dan PABM) enggan tampil memberi penjelasan, saya akan menggunakan kuasa selaku Menteri Belia dan Sukan untuk mengambil tindakan tegas terhadap persatuan terbabit.\r“Kita juga tidak akan teragak-agak menarik balik semua ganjaran diberikan kepada atlit terbabit sekiranya ujian doping terhadap sampel B didapati positif,” katanya pada sidang media di Putrajaya, semalam.\rAhmad Shabery mengulas laporan akhbar mengenai seorang atlit olahraga dan angkat berat yang gagal ujian doping di Sukan SEA Palembang baru-baru ini. Kali terakhir atlit negara positif ujian doping di Sukan Komanwel New Delhi 2010 apabila pemain ragbi, Mohd Amin Jamaluddin, 23, didapati menggunakan kanabis yang menyebabkan dia dikenakan penggantungan enam bulan oleh Jawatankuasa Tatatertib Lembaga Ragbi Antarabangsa (IRB).\rPada Sukan Asia Busan 2002, trio sepak takraw – Mohd Firdaus Abdul Ghani, Mohd Hanif Azman dan Mohd Aznan Raslan – dihantar pulang selepas didapati positif morfin dan digantung dua tahun. \r\n\n\n\rPada masa sama, KBS mahu semua pihak, termasuk dua atlit terbabit tampil mendedahkan kaedah, jenis dan siapakah yang dikatakan bertanggungjawab membekal bahan terlarang itu kepada mereka.\r“Jika atlit terbabit memberitahu dia tidak tahu menahu dan hanya mengambil ubat-ubatan disarankan jurulatihnya, maka individu berkenaan perlu menafikan dakwaan terbabit.\r“Kita tidak akan bertolak ansur kerana tiada gunanya Malaysia memenangi berpuluh pingat emas tetapi diperoleh dengan cara penipuan dan terpaksa dikembalikan dengan cara memalukan (kerana positif ujian doping),” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.054001 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list