CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 157|Reply: 0

Ulasan Pasaran: Sentimen luar pengaruhi saham

[Copy link]
Post time 5-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Bursa tempatan ditutup bercampur-campur,  FBM KLCI susut  9.32 mata\rHARGA saham di Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan semalam dalam situasi bercampur-campur apabila FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meneruskan arah aliran menyusutnya dengan ditutup pada 1,504.22 pada hari dagangan kedua 2012.\r\n\n\n\n\r  Peniaga berkata, kebanyakan kejatuhan dicatatkan pada kaunter kewangan dan hartatanah sekali gus mendorong indeks utama itu susut ke paras 9.32 mata atau 0.616 peratus lebih rendah.\r\r\n\n\n\n\n  Penanda aras itu dibuka 4.15 mata lebih tinggi pada 1,517.69 bergerak di antara 1,502.09 dengan 1,525.14 sepanjang sesi dagangan semalam.\rMenurut peniaga, kebimbangan kini terarah kepada perkembangan semasa persekitaran luar negara yang mempengaruhi sentimen dalam bursa tempatan.\rKatanya, pasaran global turut gusar mengenai bebanan terbitan hutang zon euro termasuk lelongan hutang Jerman dan Portugal. \rMeskipun Indeks Kewangan menjunam 123.511 mata kepada 13,337.72, Indeks Perladangan naik 74.369 mata kepada 8,292.81 dan Indeks Perusahaan menokok 0.19 mata kepada 2,738.53.  \r\n\n\n   \rIndeks FBM Emas turun 59.95 mata kepada 10,357.34, Indeks FBM70 susut 62.32 mata kepada 11,590.01 dan Indeks FBM Ace menambah 20.27 mata kepada 4,099.92. \rSaham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 404 berbanding 387, manakala 318 kaunter tidak berubah, 367 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung urus niaga.\rJumlah dagangan bertambah kepada 1.658 bilion saham bernilai RM1.528 bilion daripada 1.604 bilion saham bernilai RM1.407 bilion kelmarin.\rPasaran Utama mencatatkan peningkatan jumlah dagangan kepada 1.149 bilion saham bernilai RM1.423 bilion daripada 974.144 juta saham bernilai RM1.299 bilion sebelumnya.\rPasaran ACE menyaksikan jumlah dagangannya meningkat kepada 231.871 juta saham bernilai RM35.687 juta daripada 190.249 juta saham, bernilai RM25.943 juta kelmarin.\rJumlah waran susut kepada 265.381 juta unit bernilai RM57.470 juta daripada 437.067 juta unit bernilai RM79.723 bilion.\rAntara saham cergas, Ho Wah Genting-WB menokok 8.0 sen kepada 33.5 sen, Ho Wah Genting naik 7.0 sen kepada 42 sen, JCY-CD mengukuh 1.0 sen kepada 58 sen manakala Hibiscus Petroleum menambah 0.5 sen kepada 60 sen.  \rBagi kaunter berwajaran tinggi, Maybank turun 7.0 sen kepada RM8.27, Sime Darby susut 5.0 sen kepada RM9.07, CIMB jatuh 14 sen kepada RM7.10 dan Petronas Chemicals mengukuh 1.0 sen kepada RM6.20.  – BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.075576 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list