CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 234|Reply: 0

'Kuasa Piya'

[Copy link]
Post time 6-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kapten Red Warriors tekad bantu pertahan gelaran lagi\rAPA yang berkocak dalam minda Mohd Badhri Radhzi ketika ini adalah memastikan Kelantan dapat mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah dengan apa cara sekalipun apabila menentang Negeri Sembilan, malam esok.\r\n\n\n\n\rFokus ketua pasukan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti untuk menang dan menjaga reputasi mereka selaku juara bertahan walaupun akur lawan mereka yang bergelar juara baru Piala Malaysia itu turut ada muslihat menafikan impian besar mereka itu.\r\r\n\n\n\n\n“Kami tidak akan ambil mudah perlawanan Sabtu ini (malam esok). Selepas segala persiapan awal misi kami sudah pasti mempertahankan gelaran,” katanya yang lebih mesra dengan panggilan Piya.\rPemain tengah berusia 29 tahun itu menambah: “Negeri Sembilan masih pasukan kuat.\rWalaupun ada beberapa tonggak utama mereka berpindah ke pasukan lain musim ini tapi mereka masih ada ramai pemain muda berkualiti dan berpengalaman. Kami perlu berwaspada.” \rBagi Negeri Sembilan kunjungan ke gelanggang harus dengan misi sama.\r\n\n\n\rIni adalah penampilan ketiga mereka da lam perlawanan Sumbangsih selepas menempuh detik kecewa gagal pada 2004 dan 2010.\rThe Red Warriors yang juga juara Liga Super, musim lalu berusaha untuk mengekalkan trofi itu buat kali kedua berturut-turut selepas berjaya melakukannya kali pertama, tahun lalu selepas mengetepikan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam.\rKetika disentuh mengenai masalah komunikasi dihadapi bersama pemain import sebelum ini, Piya menjelaskan perkara itu semakin berkurangan malah ia bertambah baik dan berharap mampu dipertingkatkan sebelum aksi sebenar.\r“Buat masa sekarang, masalah komunikasi dengan pemain import sekarang sudah semakin baik berbanding sebelum ini. Sebelum perlawanan esok, kami perlu terus memperbaiki aspek ini untuk menjamin keputusan yang lebih baik dan apa yang diharapkan kami mampu mengatasinya sebelum perlawanan itu nanti,” katanya.\rWalaupun trofi yang dipertaruhkan malam esok bukan lagi dianggap sebagai rebutan utama pasukan bertanding namun kemenangan dalam aksi pertama liga begitu penting sebagai momentum sebelum meneruskan perlawanan seterusnya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.242878 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list