CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 123|Reply: 0

Iskandar Malaysia kini masuk fasa 2

[Copy link]
Post time 6-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Raih RM84.78 bilion pelaburan terkumpul firma domestik, asing sejak dibina 2006\rWILAYAH pembangunan, Iskandar Malaysia, mencatatkan pelaburan terkumpul RM84.78 bilion sehingga akhir Disember tahun lalu sejak pembangunannya dimulakan pada 2006 dengan 45 peratus daripada pelaburan terbabit sudah direalisasikan.\r\n\n\n\n\rMenteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, selaku Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), berkata Iskandar Malaysia kini ke arah kemuncak pembangunannya apabila memasuki Fasa 2 Hala Tuju Pembangunan Komprehensif.\r\r\n\n\n\n\nKatanya, ia membabitkan tempoh antara 2011 hingga 2015 yang mana Fasa 1 menumpukan kepada asas dan perancangan rantau, manakala Fasa 2 bagi mengukuh dan menjana pertumbuhan pelaburan menerusi projek ikonik.\r“Iskandar Malaysia menarik komitmen pelaburan berjumlah RM15.3 bilion sepanjang tahun lalu. Ini 21 peratus daripada sasaran ditetapkan antara 2011 hingga 2015.\r“Antara pelaburan ketara termasuk RM2.3 bilion oleh Malaysia Marine dan Heavy Engineering Holdings Bhd, selain RM2 bilion menerusi kumpulan hartanah berpangkalan di Beijing, Zhuoda Real Estate,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan di Johor Baharu semalam.\rAbdul Ghani berkata, daripada jumlah pelaburan terkumpul di Iskandar Malaysia, RM31.22 bilion dalam sektor pembuatan, manakala RM27.3 bilion dalam sektor hartanah.\r\n\n\n\rPelaburan dalam sektor lain katanya, memberangsangkan yang mana RM6.45 bilion diterima dalam utiliti, petrokimia (RM3.9 bilion), perkhidmatan pelabuhan dan logistik (RM3.36 bilion), pelancongan (RM2.03 bilion), pendidikan (RM1.48 bilion) dan penjagaan kesihatan (RM1.27 bilion).\rSementara itu, Ketua Eksekutif IRDA, Ismail Ibrahim, berkata daripada jumlah pelaburan terkumpul itu, 60 peratus atau RM50.64 bilion pelaburan domestik, manakala bakinya RM34.14 bilion pelaburan asing.\rPelabur Eropah mencakupi 42 peratus daripada jumlah pelaburan asing yang diterima itu, diikuti oleh Asia 41 peratus dan Asia Barat (15 peratus).

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.050518 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list