CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 154|Reply: 0

TDM peruntuk RM300j ladang di Terengganu, Kalimantan

[Copy link]
Post time 6-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
TDM Bhd akan membelanjakan modal sehingga RM300 juta tahun ini bagi membangunkan ladangnya di Terengganu serta Kalimantan, Indonesia. \rPengerusinya, Datuk Roslan Awang Chik, berkata 2012 adalah tahun yang mencabar bagi kumpulan dengan hanya memiliki 32,000 hektar tanah ladang sawit di Terengganu.\r\n\n\n\n\r  Katanya, untuk menjadi pemain utama dalam bidang perladangan sawit, ia memerlukan sehingga 100,000 hektar. \r\r\n\n\n\n\n Untuk itu, katanya,  TDM telah membeli 40,000 hektar tanah di Kalimantan untuk ditanam sawit, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan ladang dimilikinya meningkat kepada 70,000 hektar.\r“Jumlah itu masih belum berupaya menjadikan kumpulan sebagai peserta industri sawit yang hebat. \r“Oleh itu kita akan menyediakan peruntukan RM300 juta bagi pembangunan kumpulan pada tahun ini,” katanya selepas majlis penyampaian tauliah Kod Amalan Pertanian Yang Baik bagi Estet Kelapa Sawit dan Pekebun Kecil daripada Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB) kepada Pengerusi TDM Plantation Sdn Bhd, Datuk Mohd Jidin Shafee di Kuala Terengganu, semalam. \rHadir sama ialah Ketua Eksekutif TDM, Badrul Hisham Mahari dan Ketua Eksekutif TDM Plantation, Abdul Halim Yusoff.\r\n\n\n\rRoslan berkata, TDM juga memberi tumpuan dalam satu lagi bidang berpotensi iaitu kesihatan. – BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.053954 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list