CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 190|Reply: 0

Dollah sasar kedudukan teratas Liga Perdana

[Copy link]
Post time 7-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KETUA jurulatih Pahang, Dollah Salleh akur dia berdepan tugasan berat memastikan skuad bimbingannya dapat kembali beraksi dalam saingan Liga Super 2013.Dollah yang juga bekas pemain kebangsaan turut meletakkan sasaran berada pada kedudukan teratas Liga Perdana, musim ini biarpun sedar laluan berliku bakal ditempuhi skuad berkenaan.\n\n\n\n  Bagi merealisasikan hajat itu, jurulatih berusia 49 tahun itu mahu 24 pemain, termasuk seorang penyerang import disenaraikan musim ini dapat merealisasikan impian berkenaan.\n\n\n\n\n  Namun, dia memahami impian itu agak berliku terutama kemantapan beberapa pasukan, khususnya skuad Tentera yang digelar ‘Manchester City\' yang dibarisi pemain berpengalaman.“Skuad kali ini lebih mantap iaitu menggandingkan pemain Pahang dan Shahzan Muda yang kini menunjukkan tahap keserasian diinginkan. Banyak perbezaan dapat dilihat dalam skuad kali ini termasuk kehadiran penyerang import dari Ghana, Nana Yaw di posisi serangan,” katanya selepas majlis memperkenalkan pemain skuad Pahang 2012 di Kuantan, semalam. Hadir sama, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak negeri Pahang (PBNP), Datuk Akbar VV Abu, pengurus, Datuk Che Nasir Salleh dan penolong pengurus, Zainal Abidin Hassan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.052871 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list