CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 155|Reply: 0

Atlit dadah ‘ikut jejak’ Ben Johnson

[Copy link]
Post time 7-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
ATLIT olahraga dan angkat berat yang didapati positif dalam ujian doping Sampel A pada Sukan SEA 2011 dipercayai menggunakan dadah rangsangan jenis steroid yang pernah digunakan bekas pelari pecut Kanada Ben Johnson pada Sukan Olimpik Seoul 1988.\rSetiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi  berkata, bagaimanapun dia sudah menghantar surat rasmi kepada Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Indonesia (INASOC) supaya Sampel B kedua-dua atlit itu diuji, semalam.\r\n\n\n\n\r  “Saya sudah menerima surat daripada Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) dan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang mahu ‘mencabar’ keputusan Sampel A dengan meminta Sampel B atlit masing-masing diuji.\r\r\n\n\n\n\n  “Sehubungan itu, saya sudah menghantar surat rasmi kepada INASOC hari ini (semalam) supaya Sampel B itu diuji dan mereka akan memaklumkan perkara itu kepada makmal di India yang akan menjalankan ujian secepat mungkin,” katanya.\rKok Chi berkata, keputusan ujian yang akan dijalankan itu kemungkinan besar akan diketahui minggu depan dan pihaknya berharap ujian itu menunjukkan keputusan sebaliknya.\rSementara itu, Kok Chi mengesahkan ketua kontinjen, Datuk Naim Mohamad akan berlepas ke Jakarta hari ini bagi bertemu dengan Jawatankuasa Olimpik Indonesia (KOI) bagi mendapatkan maklumat sebenar mengenai ujian itu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.121125 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list