CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 115|Reply: 0

Media Prima yakin perolehan iklan kukuh

[Copy link]
Post time 7-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Penyiaran   EURO 2012 jadi sandaran raih  penguasaan ADEX \rMEDIA Prima Bhd yakin meraih pendapatan pengiklanan (ADEX) yang kukuh tahun ini, namun begitu kekal berhati-hati dalam melaksanakan sebarang pendekatan berikutan persekitaran perniagaan yang masih tidak menentu pada peringkat domestik dan global.\r\n\n\n\n\r  Bagaimanapun, konglomerat media tempatan itu menyandarkan harapan   tinggi kepada musim kejohanan bola sepak Eropah 2012 (EURO 2012) pertengahan tahun ini untuk meraih penguasaan ADEX di seluruh platform media dimilikinya.\r\r\n\n\n\n\n  Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyennya, Ahmad Izham Omar, berkata kumpulan   mengenal pasti barisan pengiklan yang berpotensi menjelang musim kejohanan berkenaan sekali gus mendapatkan jumlah ADEX yang disasarkan tahun ini.\r“Tahun ini boleh digambarkan sebagai tahun yang tidak menentu namun begitu kami menjangkakan angka ADEX yang stabil. \r“Kami menjangkakan integrasi yang baik untuk seluruh platform media kumpulan,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Jualan Media Prima-EURO 2012 di Subang Jaya, semalam. \rPelancarannya disempurnakan Ketua Eksekutif Media Prima, Datuk Amrin Awaluddin; Ketua Eksekutif Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Mohammad Azlan Abdullah; Duta Ukraine ke Malaysia, Ihor Humennyi serta wakil Kedutaan Poland di Malaysia, Karolina Markocka.\r\n\n\n\rAhmad Izham bagaimanapun enggan memberikan angka ADEX yang disasarkan Media Prima tahun ini kerana kumpulan itu kini sedang mengemas kini angka ADEX yang dicapainya tahun lalu.\rNamun begitu, beliau yakin Media Prima mampu meraih bayaran pengiklanan yang tinggi menerusi hak penyiaran EURO 2012. \rMedia Prima muncul penyiar rasmi kejohanan akhir EURO 2012 yang akan berlangsung dari 8 Jun hingga 1 Julai ini di Ukraine dan Poland.\rMenerusi hak penyiaran itu, stesen TV3 dijadualkan menayangkan 16 perlawanan siaran langsung, termasuk acara pembukaan, 12 perlawanan peringkat kumpulan, dua perlawanan suku akhir, satu perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir.\rStesen televisyen ntv7 pula akan menayangkan tiga siaran tertunda kejohanan berkenaan. TV3 dan ntv7 adalah stesen televisyen percuma yang menayangkan kejohanan empat tahun sekali itu yang menemukan 16 pasukan terbaik Eropah merebut kejuaraan.\rSementara itu, saluran dan platform media lain di bawah Media Prima juga akan menyokong kejohanan berkenaan dengan membariskan beberapa program tempatan dan antarabangsa sepanjang Januari hingga Julai ini.\rAhmad Izham berkata, bagi kejohanan tahun ini, Media Prima menyasarkan jumlah tontonan sekitar antara sejuta hingga dua juta penonton sekali gus menyamai jumlah tontonan ketika ia memperoleh hak penyiaran kejohanan sama empat tahun lalu, EURO 2008.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.058885 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list