CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 118|Reply: 0

Bahang aksi Olimpik mula terasa

[Copy link]
Post time 8-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Chong Wei,   Lin Dan   berentap lagi dalam ‘final impian’ di Terbuka Korea, hari iniBAHANG pertembungan antara dua musuh tradisi, Lee Chong Wei dan Lin Dan menjelang Sukan Olimpik Julai ini sudah terasa apabila kedua-dua akan berentap dalam ‘final impian’ pertama musim ini dalam pembuka tirai kejohanan badminton dunia Terbuka Korea, hari ini.\n\n\n\n  Chong Wei, 29, mara ke final buat kali keempat berturut-turut pada kejohanan termahal yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$1 juta (RM3 juta) itu apabila mudah menundukkan naib juara Terbuka Macau, Du Pengyu dari China 21-8, 21-13 dalam tempoh 37 minit.\n\n\n\n\n  Sementara Lin Dan, juara dunia empat kali yang membenam Chong Wei dalam empat daripada lima pertemuan sepanjang tahun lalu menewaskan Sho Sasaki dari Jepun 21-16, 21-14 dalam satu lagi pertembungan separuh akhir sesama pemain kidal yang berlangsung selama 47 minit. Pertemuan kedua-dua seteru itu sekali gus mengulangi aksi final tahun lalu yang menyaksikan Chong Wei gagal mempertahankan kejuaraan selepas tumbang kepada Lin Dan 19-21, 21-14, 16-21.Jurulatih Chong Wei, Tey Seu Bock ketika dihubungi menyifatkan pertemuan itu tetap 50-50 walaupun anak didiknya tewas tiga pertemuan terakhir kepada pemenang emas Sukan Olimpik itu di final Kejohanan Dunia dan separuh akhir Terbuka Hong Kong dan China.“Saya harap Chong Wei tidak perlu memikirkan tiga kekalahan terakhir di tangan musuhnya itu, sebaliknya perlu turun beraksi dengan lebih yakin dan fokus bagi membalas dendam kekalahan berkenaan.\n\n\n“Malah, dia menunjukkan reaksi positif dan semangatnya untuk membalas dendam jelas membara sebaik saya beritahu dia akan menentang Lin Dan di final,” kata Seu Bock.Seu Bock juga menegaskan anak didiknya perlu tampil lebih agresif dan lebih kuat dari aspek fizikal kerana pergerakan bulu tangkis yang digunakan agak perlahan yang mengganggu rentak permainan kerana ia sukar dimatikan dan mudah diangkat lawan.“Saya akan berbincang strategi yang akan digunakan malam ini (malam tadi) bersama-sama Rashid (Sidek) dan Chong Wei. Jadi, saya harap dia dapat membuat permulaan baik dengan menjuarai kejohanan ini sekali gus merangsang semangatnya menghadapi cabaran seterusnya,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.052763 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list