CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 109|Reply: 0

Bisnes Dunia: Ekonomi Amerika semakin pulih

[Copy link]
Post time 9-1-2012 05:05 PM | Show all posts |Read mode
Malaysia mesti perguna peluang tingkat pasaran pelbagai produk\rPASARAN eksport paling penting Malaysia di negara maju, iaitu Amerika Syarikat (AS), kini menunjukkan isyarat bahawa ekonominya semakin pulih dan stabil.\r\n\n\n\n\r  Pakar ekonomi berkata, tanda paling jelas yang boleh menstabilkan proses pemulihan ekonominya ialah laporan data pekerjaan barunya yang menunjukkan kadar pengangguran negara itu kini berada pada paras paling rendah bagi tempoh tiga tahun, apabila kira-kira 200,000 pencari pekerjaannya berjaya memperoleh pekerjaan.\r\r\n\n\n\n\n  Ini berbeza dengan kadar pengangguran negara itu yang berada paras yang tinggi sejak tiga tahun lepas sehingga ada pakar ekonomi menjangka negara itu akan terjerumus ke dalam kemelesetan yang lebih teruk.\rBerikutan perkembangan itu, ia sekali gus meningkatkan petanda bahawa perbelanjaan pengguna negara itu makin meningkat. \rPejabat Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di AS, turut memantau perkembangan semasa berkenaan, khususnya paras pengangguran, yang terus kekal tinggi walaupun kemelesetan, secara teknikalnya dilihat berakhir pada musim panas 2009.\rMenurut pejabat Biro Tenaga Kerja AS, lebih 200,000 pekerja telah diambil bekerja oleh syarikat di negara itu pada Disember lalu, sekali gus menurunkan kadar pengangguran kepada 8.7 peratus pada November kepada 8.5 peratus pada Disember. \r\n\n\n\rKadar peningkatan pengambilan pekerjaan pada Disember 2011 telah mengejutkan banyak pihak.\rPakar Ekonomi HSBC New York, Kevin Logan berkata, laporan Biro Tenaga Kerja AS itu menunjukkan banyak syarikat sedang mengejar sasaran pengeluaran pada 2011 yang mana ia memerlukan jumlah tenaga kerja yang ramai.\rSungguh pun begitu, pejabat MATRADE di AS mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ berhubung perkembangan semasa itu.\rPerkembangan terbaru itu juga menandakan lebih ramai rakyat AS akan berpindah ke rumah baru dan meningkatkan lagi permintaan bagi mendapatkan banyak produk berasaskan keluli hingga kepada bahan pembinaan dan alat ganti elektronik dan elektrik serta komponen dan produk lain, seperti kereta, yang akan meningkatkan permintaan bagi alat ganti dan komponen automotif. \rBeberapa pameran perdagangan di AS, yang menjadi pengukur kepada industri masing-masing, turut menunjukkan tanda peningkatan di segi tempahan bagi tempoh suku terakhir 2011, sekali gus memberi gambaran jelas bahawa ekonomi negara itu semakin pulih.\rWalaupun begitu, wakil kerajaan Malaysia di AS, akur bahawa Malaysia perlu berusaha keras dan menempatkan dirinya sebagai pembekal utama produk yang pelbagai yang mana secara tradisinya banyak terjual, di pasaran AS.\r“Kami tidak boleh berpeluk tubuh tetapi perlu berusaha keras untuk menjual produk kami,” kata Konsul Jeneral Malaysia di New York, Syed Mohamed Bakri Syed Abdul Rahman.\rBagaimanapun, pihak yang kurang yakin dengan perkembangan itu, mengingatkan supaya jangan ‘terlalu mengharapkan’ pemulihan segera pasaran tenaga kerja di AS.\rSesetengahnya menyatakan kewujudan permintaan berkenaan adalah kerana ia bermusim, iaitu sebelum dan semasa musim Krismas, khususnya dalam sektor peruncitan, yang akan membuang pekerja baru sebaik musim perayaan itu berakhir.\rGolongan itu mengingatkan bahawa walaupun ekonomi negara itu telah mewujudkan kira-kira 1.64 juta tenaga kerja, namun ia masih kurang daripada satu perlima daripada pekerjaan yang dibuang semasa kemelesetan sebelum ini.\rKetua Federal Bank New York yang juga rakan rapat Ben Bernanke, Bill Dudley berkata, langkah seterusnya perlu diambil untuk membantu ekonomi AS kerana kadar penganggurannya ‘masih terlalu tinggi’.\rSecara keseluruhannya, adalah masih terlalu awal untuk menyatakan aliran yang meningkat sekarang sama ada sebagai satu permulaan yang kukuh atau satu permulaan yang kurang sempurna. - BERNAMA\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.048573 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list