CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 115|Reply: 0

Ulasan Pasaran: Minat belian saham mewah lonjak pasaran

[Copy link]
Post time 10-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Penanda aras FBM KLCI  meningkat  0.93 mata\rPEMBELIAN berterusan saham berwajaran tinggi melonjakkan FTSE Bursa Malaysia (FBM) KLCI untuk ditutup kepada paras tertinggi harian semalam.\r\n\n\n\n\r  Penanda aras pasaran itu yang dibuka meningkat 0.93 mata kepada 1,515.06 dan mencecah paras terendah 1,513.35, melonjak 7.6 mata atau 0.502 peratus untuk ditutup kepada 1,521.73 berbanding 1,514.13 Jumaat lalu.\r\r\n\n\n\n\n  Peniaga berkata, penyumbang utama indeks itu termasuk CIMB, Tenaga Nasional, Maxis dan Petronas Gas.\rIndeks Kewangan meningkat 55.99 mata kepada 13,443.7, Indeks Perladangan meningkat 32.931 mata kepada 8,469.86 dan Indeks Perusahaan meningkat 17.84 mata kepada 2,774.69.\rIndeks FBM Emas menokok 57.32 mata kepada 10,474.13, Indeks FBM 70 menambah 75.41 mata kepada 11,658.44, Indeks FBM ACE melonjak 60.1 mata kepada 4,190.02 dan Indeks FBMT100 naik 54.44 mata kepada 10,279.28.\rKaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 491 kepada 264 manakala 301 kaunter tidak berubah, 432 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.\r\n\n\n\rPerolehan keseluruhan meningkat kepada 1.643 bilion saham bernilai RM1.706 bilion daripada 1.467 bilion saham bernilai RM1.389 bilion semasa penutup Jumaat lalu.\rJumlah dagangan di Pasaran Utama turut meningkat kepada 1.002 bilion saham bernilai RM1.568 bilion daripada 983.203 juta saham bernilai RM1.315 bilion Jumaat lalu.\rPendapatan di Pasaran Ace meningkat kepada 299.977 juta saham bernilai RM45.886 juta daripada 218.403 juta unit bernilai RM25.39 juta sebelum ini.  \rWaran meningkat kepada 329.511 juta saham bernilai RM82.367 juta daripada 263.072 juta unit bernilai RM47.382 juta yang dicatatkan Jumaat lalu.    \rDi kalangan kaunter aktif, Kumpulan Hartanah Selangor meningkat 13.5 sen kepada 50 sen, Sanichi Technology menokok 2.5 sen kepada 19 sen dan Nextnation Communication turun 1.0 sen kepada 12.5 sen.     \rBagi saham berwajaran tinggi, Maybank meningkat 1.0 sen kepada RM8.24, CIMB meningkat 11 sen kepada RM7.29, Tenaga Nasional meningkat 13 sen kepada RM6.09, Maxis naik 9.0 sen kepada RM5.62 dan Petronas Gas menokok 30 sen kepada RM15.10.   \rProduk pengguna mencatatkan 184.777 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perusahaan 188.04 juta, pembinaan 49.996 juta, dagang dan perkhidmatan 199.212 juta, teknologi 56.225 juta, prasarana 28.157 juta, kewangan 61.749 juta, hotel 1.362 juta, hartanah 175.317 juta, perladangan 32.255 juta, perlombongan 75,500, REIT 4.673 juta dan tertutup/dana 25,000. –  BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.520217 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list