CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 177|Reply: 0

Pertandingan cipta logo ulang tahun Cyberjaya

[Copy link]
Post time 10-1-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
CYBERVIEW Sdn Bhd (Cyberview), syarikat yang diberi mandat menerajui pembangunan Cyberjaya memulakan sambutan ulang tahun ke-15 bandar siber itu dengan melancarkan Pertandingan Mencipta Logo Kebangsaan.\rPengarah Urusannya, Ir. Hafidz Hashim, berkata selain meraikan sambutan berkenaan, pertandingan itu juga bertujuan mencungkil bakat kreatif, idea unik serta imaginasi rakyat di negara ini melalui perkembangan bandar raya siber itu sebagai inspirasi Koridor Raya Multimedia Malaysia (MSC Malaysia).\r\n\n\n\n\rKatanya, sejak dilancarkan pada 1997 oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed, Cyberjaya telah berkembang menjadi destinasi utama pelaburan dan operasi negara bagi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), tetapi juga sebuah perbandaran yang komprehensif untuk tinggal, belajar, dan bekerja.\r\r\n\n\n\n\n“Bagi meraikan kecemerlangan Cyberjaya, kami menjemput rakyat Malaysia untuk menghantar visual yang menggambarkan perjalanan Cyberjaya melalui satu pertandingan yang boleh memupuk bakat tempatan selain menyerlahkan lagi kepentingan kreativiti dan multimedia sebagai asas kepada industri ICT tempatan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.\rKatanya lagi, peserta berpeluang memenangi hadiah utama iaitu wang tunai berjumlah RM6,000 dan logo yang terpilih juga berpeluang untuk digunakan sebagai logo rasmi bagi tempoh sambutan ulang tahun berkenaan.\rHafidz berkata, semua penyertaan mestilah mempunyai perkataan ‘Ulang tahun ke-15 Cyberjaya’ dan perlu menggambarkan Cyberjaya sebagai hub bandar siber dan peneraju MSC Malaysia.\r“Penyertaan akan dinilai berdasarkan kreativiti dan konsep keseluruhan, keaslian, impak visual dan kesesuaian logo.\r\n\n\n\r“Tarikh tutup penyertaan adalah pada 22 Januari sehingga jam enam petang dan pemenang akan diumumkan pada pertengahan Januari melalui laman web Cyberview,” katanya.\rMereka yang berminat menyertai pertandingan itu boleh melayari laman web www.cyberview.com.my untuk mendapatkan borang penyertaan rasmi serta maklumat lanjut mengenai syarat pertandingan.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.062365 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list