CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 129|Reply: 0

'Hilang tumpuan tanpa Marlon'

[Copy link]
Post time 11-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
WALAUPUN berjaya merakamkan kemenangan jurulatih skuad Tentera, B Sathianathan dapat mengesan beberapa kelemahan pada aksi pembukaan bola sepak Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, kelmarin.\rKatanya, kelemahan dikesan terutama pada babak kedua permainan selepas mendahului NS Betaria FC 2-0 menerusi jaringan penyerang import, Marlon Alex James pada minit kedua dan ke-22.\r\n\n\n\n\r  “Pemain hilang tumpuan apabila Marlon dikeluarkan kerana mengalami kecederaan tangan ketika berebut bola tinggi di depan pintu gol lawan,” katanya.\r\r\n\n\n\n\n  Tentera menghadapi kesukaran menambah jaringan walaupun lawan  beraksi dengan 10 pemain berikutan Saufi Ibrahim dilayangkan kad merah selepas mengasari ketua pasukan, Hairuddin Omar.\rFaktor yang membimbangkan Sathia menjelang perlawanan kedua menentang MBJB di Stadium Sultan Ibrahim, Muar, Jumaat ini adalah kecederaan ke atas penyerang import dari St Vincent itu.\r“Marlon mengalami sedikit kecederaan ketika terbabit dalam perebutan bola tinggi dengan penjaga gol dan keadaannya  dapat diketahui selepas menjalani ujian x-ray,” katanya.\rTentera dilihat tetap memiliki kekuatan ampuh menghadapi perlawanan kedua itu nanti walaupun tanpa Marlon dengan nama seperti Zaquan Adha Abd Radzak, Hairuddin  atau Fitri Omar untuk mengetuai serangan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.064552 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list