CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 112|Reply: 0

DPMM kemuka tawaran ambil alih OSR

[Copy link]
Post time 11-1-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Tawar RM6.90 seunit, lebih tinggi berbanding RM6.80   dikemukakan  JCorp\rDEWAN Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) semalam mengemukakan tawaran bagi mengambilalih semua kepentingan milik Kulim (Malaysia) Bhd dalam anak syarikatnya, QSR Brands Bhd (QSR), iaitu pemilik lesen pengendalian rantaian makanan segera terbesar di Asia Tenggara.\r\n\n\n\n\r  Kulim dalam pengumumannya kepada Bursa Malaysia semalam berkata, dewan itu mengemukakan tawaran RM6.90 seunit bagi saham yang dimilikinya dalam QSR yang turut menguasai KFC Holdings (M) Bhd (KFCH).\r\r\n\n\n\n\n  Tawaran itu adalah 10 sen lebih tinggi berbanding tawaran yang dibuat Johor Corporation (JCorp) menerusi syarikat tujuan khas (SPV), Massive Equity Sdn Bhd (Massive Equity) pada RM6.80 seunit.\rMassive Equity adalah SPV yang ditubuhkan di Malaysia dengan 51 peratus ekuitinya dimiliki JCorp, manakala baki 49 peratus lagi dimiliki firma ekuiti persendirian antara yang terbesar di dunia, CVC Capital Partners.\r“Kulim ingin mengumumkan bahawa syarikat telah menerima sepucuk surat bertarikh 30 Disember 2011 melalui pos dari DPMM menerusi Timbalan Presiden merangkap Pengerusi Kumpulan Syarikat Pelaburan DPMM, membuat tawaran untuk mengambil alih semua saham QSR yang dipegang Kulim pada RM6.90 sesaham,” katanya.\rSambil menyifatkan tawaran yang dikemukakan DPMM itu sebagai ‘sesuatu yang tidak diminta’, Kulim berkata, satu mesyuarat lembaga pengarah   diadakan bagi membincangkan tawaran DPMM itu.\r\n\n\n\r“Turut ingin dimaklumkan, berdasarkan pengumuman bertarikh 21 Disember lalu, Pengarah Bebas QSR telah bersetuju menerima tawaran Massive Equity untuk mengambilalih semua perniagaan QSR, termasuk aset dan liabiliti QSR membabitkan pertimbangan tunai RM6.80 sesaham biasa berharga RM1.00 sesaham dan RM3.79 bagi setiap waran QSR, tertakluk kepada rundingan lanjut dan persetujuan bersama mengenai terma dan syarat yang akan dimasukkan ke dalam perjanjian jual beli muktamad.\r“Memandangkan DPMM mengemukakan tawaran mereka, Kulim akan mengadakan mesyuarat lembaga pengarah untuk membincangkan mengenainya dan pengumuman lanjut akan dibuat dalam tempoh terdekat ini,” jelas Kulim.\rMengulas mengenainya, Pengerusi DPMM, Syed Ali Alattas ketika dihubungi berkata, tawaran DPMM itu dibuat menerusi sebuah konsortium.\r“DPMM akan mengadakan sidang media khas mengenainya sekembalinya saya dari Jakarta nanti, iaitu pada 18 Januari pada 12.30 tengah hari di pejabat saya di Kuala Lumpur,” katanya ringkas.\rPemerhati pasaran melihat pengambilalihan pegangan Kulim yang menguasai kira-kira 54 peratus dalam QSR itu akan membolehkan pemilik baru untuk mengawal perniagaan yang mana secara bersama memiliki 980 rantaian cawangan restoran makanan segera di Malaysia, Singapura, Brunei, Kemboja dan India.\rPada 14 Disember lalu, JCorp, yang menguasai kira-kira 54.25  peratus ekuiti dalam Kulim, mengumumkan tawaran untuk mengambilalih keseluruhan perniagaan, aset serta liabiliti QSR dan KFCH yang dianggarkan bernilai lebih daripada RM5.23 bilion.\rMenerusi pakatannya bersama CVC Capital itu, JCorp menawarkan sebanyak RM4.00 sesaham untuk mengambilalih KFCH manakala RM6.80 sesaham ditawarkan bagi QSR.\rJCorp berkata, tawaran itu akan menyaksikan semua aktiviti perniagaan KFCH dan QSR digabungkan bagi membentuk   kumpulan perniagaan runcit makanan serantau.\rSeminggu selepas tawaran itu dikemukakan, Lembaga Pengarah QSR dan KFCH dalam kenyataan berasingan kepada Bursa Malaysia, menyatakan persetujuan menerima tawaran bersama JCorp dan CVC Capital, tetapi tertakluk kepada rundingan lanjut dan persetujuan bersama mengenai terma dan syarat.\rSaham QSR ditutup 4 sen lebih rendah pada RM6.45, sementara Kulim naik  3 sen kepada RM4.32.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.290874 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list