CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 225|Reply: 0

Beng Kiang rancang labur RM500j bina pusat beli-belah Tasik Kenyir

[Copy link]
Post time 12-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BEKAS pemain beregu badminton negara, Soo Beng Kiang bakal menjadi antara pelabur terbesar di Tasik Kenyir apabila beliau merancang melabur kira-kira RM500 juta di kawasan tasik itu yang akan dibangunkan kerajaan Terengganu sebagai pusat beli-belah belas cukai.Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, berkata kerajaan negeri pada dasarnya sudah meluluskan permohonan Beng Kiang bersama rakan kongsinya untuk menyediakan kemudahan sukan, rekreasi, chalet dan hotel di tasik yang mempunyai kira-kira 340 pulau yang mampu menjadi daya tarikan kepada pelancong apabila ia dibuka kepada umum sebagai kawasan bebas cukai.\n\n\n\n  Beliau berkata, pembangunan Tasik Kenyir sebagai kawasan bebas cukai adalah satu daripada pelan pembangunan pelancongan jangka panjang di Terengganu.\n\n\n\n\n\n  \"Beng Kiang menyatakan hasrat mahu melabur kira-kira RM500 juta untuk membangunkan kemudahan sukan dan rekreasi serta chalet dan hotel di Tasik Kenyir.\"Kita percaya dengan adanya pelaburan seperti ini, sudah pasti tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dan mempunyai lebih 300 pulau itu  mampu menjadi antara kawasan pelancongan terkemuka di negeri ini,\" katanya.Ahmad berkata, kerajaan negeri mahu menjadikan sektor pelancongan sebagai antara tulang belakang ekonomi negeri dalam tempoh tiga tahun akan datang dalam usaha mempelbagai sumber pendapatan negeri yang ketika ini hanya bergantung kepada minyak dan gas.Katanya, bagi memastikan sasaran itu tercapai, kerajaan negeri akan membina lebih banyak prasarana sektor pelancongan termasuk menarik pelabur membina lebih banyak hotel baru termasuk hotel bajet dalam tempoh dua tahun ini selain membangunkan Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan yang istimewa.\n\n\n\"Walaupun dalam keadaan ekonomi global masih tidak menentu, tetapi jumlah kedatangan pelancong termasuk pelancong asing ke negeri ini terus meningkat kepada 3.9 juta orang tahun lalu berbanding 3.8 juta tahun sebelumnya.\"Tahun ini, kita sasarkan kedatangan pelancong ke negeri ini seramai empat juta dan apabila siap sepenuhnya Tasik Kenyir sebagai pusat pelancongan dan kawasan pulau bebas cukai, kita jangka ia mampu menarik sekurang-kurangnya sejuta orang setahun melawat ke tasik itu saja,\" katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.049033 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list