CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 254|Reply: 0

Pereka AS cipta kasut bermotor

[Copy link]
Post time 13-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
spnKiX boleh bergerak 16Km sejam\rPENAT berjalan kaki? Seorang pencipta dari Amerika Syarikat (AS)  mencipta sepasang kasut bermotor  dijana bateri dipanggil spnKiX.\r\n\n\n\n\r  Ia adalah gabungan antara kasut ski dan kasut roda dengan tayar lebih besar, antara gajet yang  dipamerkan di Pameran Elektronik Pengguna (CES) di Las Vegas, baru-baru ini.\r\r\n\n\n\n\n  Pengguna hanya menyarung papan luncur bermotor pada kasut dan boleh meluncur dengan kelajuan sehingga 10 batu sejam atau 16 kilometer (Km) sejam.\rKasut futuristik itu adalah hasil idea Peter Treadway, seorang pereka industri dari Los Angeles.\r“Saya membangunkan pengangkutan yang boleh dipakai sejak tahun 1990-an tetapi hanya lapan tahun lalu saya menyedari keperluannya,” kata Treadway.\r“Ketika  dalam perjalanan untuk makan tengah hari, saya gagal mencari tempat meletakkan kenderaan. Justeru, terlintas di fikiran saya, mengapa tidak saya cipta sesuatu yang boleh membawa saya dari rumah ke tempat berdekatan? Dari situlah timbul idea mencipta produk menyeronokkan ini,” katanya.\rTreadway berkata, setiap kasut mempunyai bateri dan motor  disepadukan bagi berfungsi bersama.\rBateri yang perlu  dicas  semula  selama dua hingga tiga jam itu membolehkan pemakainya pergi sejauh  lima kilometer.\rSatu alat kawalan jauh tanpa wayar bersaiz lebih kecil daripada set daun terup berfungsi sebagai pengawal kelajuan kasut berkenaan.\rBeliau berkata,  pengguna yang pertama kali menggunakan kasut terbabit akan mendapati ia tidak  mudah  digunakan tetapi tayar latihan diberi bagi  memudahkan proses latihan.\r“Bagi mencapai tahap kepakaran, ia mengambil masa u sehingga berjam-jam bergantung kepada individu,” katanya.\rSebahagian  wang  pembangunan spnKiX dikumpul melalui Kickstarter,  laman web yang mengumpulkan derma bagi projek kreatif.\rTreadway berkata, kasut yang dikeluarkan syarikatnya Acton Inc   dipasarkan Mac ini   dengan  harga AS$649 (RM2,039) sepasang. – AFP\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.053795 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list