CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 130|Reply: 0

Buru ‘gelaran’ terkuat London

[Copy link]
Post time 14-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LONDON: Pengendali Chelsea, Andre Villas-Boas yakin skuad kendaliannya akan mengakhiri musim ini sebagai kelab terkuat di London.\rJuara Liga Perdana 2010 itu akan memulakan permainan 11 mata di belakang pendahulu, Manchester City apabila melayan kunjungan Sunderland di Stamford Bridge, hari ini.\r\n\n\n\n\r   Dan mereka juga akan memulakan perlawanan berkenaan lapan mata di belakang sebuah lagi kelab London, Tottenham Hotspur, yang berada di tangga ketiga liga, satu tangga mengatasi Chelsea.\r\r\n\n\n\n\n   Peminat Chelsea jarang berada dalam situasi di mana penyokong White Hart Lane berada lebih tinggi daripada mereka, tetapi Villas-Boas percaya walaupun Harry Redknapp dan anak buahnya tampak lebih cemerlang ketika ini, akhirnya ia tetap akan memihak pemain Chelsea.\r“Mereka (Tottenham) memintas Chelsea dalam Liga Perdana musim ini,” kata Villas-Boas. “Kedua-dua mempunyai sejarah hebat tetapi sejak 10 tahun lalu, tidak ada tandingan di antara dua kelab berkenaan.\r“Persoalan mengenai bola sepak yang baik selalunya menyelubungi pendahulu. Apabila berada dalam tekanan, anda tidak dapat melakukannya dengan baik dan mungkin kualiti anda terjejas. Itu mungkin faktor yang menyebabkan anda kehilangan mata.\r“Manchester City tewas tiga daripada empat perlawanan dan Manchester United masih bergelut mencari rentak konsisten. Lapan mata adalah jarak yang masih mampu dikejar,” katanya. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.151211 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list