CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 160|Reply: 0

Wozniacki berdepan laluan sukar

[Copy link]
Post time 14-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MELBOURNE: Pemain nombor satu dunia, Caroline Wozniacki bakal berdepan juara Terbuka Perancis, Li Na di suku akhir Terbuka Australia selepas undian kejohanan Grand Slam pembuka tirai tahun ini, semalam.\rPemain ranking tertinggi Denmark itu, yang takhta dunianya digugat Petra Kvitova, turut disertai juara bertahan, Kim Clijsters, pilihan ketiga Victoria Azarenka dan Agnieszka Radwanska dalam kelompok kumpulan pertama perseorangan wanita.\r\n\n\n\n\r   Wozniacki yang memburu gelaran Grand Slam pertama di Melbourne, bakal memulakan kempennya dengan menentang pemain tuan rumah, Anastasia Rodionova.\r\r\n\n\n\n\n   Clijsters menundukkan Li Na pada final Terbuka Australia tahun lalu sebelum jaguh China itu bangkit merebut kejuaraan Terbuka Perancis di Roland Garros, sekali gus merakam sejarah sebagai pemain Asia pertama menjuarai Grand Slam.\r“Bagi saya menentang Li Na pada final tahun lalu adalah antara final paling menghiburkan dan terbaik pernah saya lalui dalam karier Grand Slam. Ia perlawanan sengit, dan memenanginya memberikan saya keyakinan untuk memberikan persembahan terbaik,” kata Clijsters.\rLi Na akan menentang Ksenia Pervak dari Kazakhstan pada perlawanan pertamanya.\rJuara Wimbledon, Kvitova, yang tumpas kepada Li Na di separuh akhir Antarabangsa Sydney Khamis lalu, berdepan lawan lebih sukar.\r\n\n\n\rJuara 13 kali Grand Slam, Serena Williams, juara Terbuka Amerika Syarikat, Samantha Stosur dan juara Grand Slam tiga kali, Maria Sharapova berada dalam kelompok kedua bersama pemain kidal dari Republik Czech itu.\rKvitova memulakan kempennya dengan bertemu pemain Russia, Vera Dushevina, manakala juara lima kali Terbuka Australia, Serena yang diletak sebagai pilihan ke-12, berdepan Tamira Paszek dari Austria. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.054890 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list