CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 194|Reply: 0

Red Warriors nyaris gigit jari

[Copy link]
Post time 14-1-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
JUARA Liga Super, Kelantan dipalit kecewa besar gara-gara gagal memanfaatkan aksi di halaman sendiri apabila hanya sekadar seri 1-1 ketika menentang pendatang baru, PKNS FC di Stadium Sultan Muhammad ke IV, malam tadi.\rThe Red Warriors itu bagaimana pun seperti mahu menyembunyikan ‘bisa’ sebenar mereka apabila jurulatih, Peter Butler bertindak tidak menurunkan beberapa tonggak termasuk penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.\r\n\n\n\n\r  Sebaik wisel permulaan, kedua-dua pasukan dilihat lebih banyak mensia-siakan peluang menjaringkan gol terutamanya membabitkan Norshahrul Idlan Talaha apabila sepakannya sedikit tersasar selepas berjaya menggelecek seorang pertahanan lawan.\r\r\n\n\n\n\n  Nyata kiraan atas kertas masih belum menjamin laluan selesa kepada tuan rumah, namun PKNS dibimbing Abdul Rahman Ibrahim berupaya mengikat kedudukan 0-0 sehingga tamat separuh masa pertama.\rSelepas rehat, Butler membawa masuk Indra Putra Mahyuddin, Norfarhan Mohamad dan Muhamad Ghaddar yang terus melancarkan serangan berbahaya ke arah gawang pelawat dikawal ketat Razi Afendy.\rDi sebalik keghairahan Kelantan melancarkan serangan, mereka hampir dihukum oleh bekas penyerang Selangor, Rudie Ramli yang berjaya meloloskan diri daripada kekangan pemain pertahanan, S Subramaniam. \rPada minit ke-71, 10,000 penyokong setia Pahlawan Merah ceria apabila kapten pasukan, Mohd Badhri Radhzi merembat kencang selepas berlaku keadaan kelam kabut depan pintu gol PKNS untuk meletakkan Kelantan di hadapan.\r\n\n\n\rSelang lapan minit kemudian, PKNS berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti disempurnakan  Mohd Fauzan Dzulkifli selepas Rudie Ramli dijatuhkan penjaga gol muda, Mohd Syazwan Yusoff dalam kotak penalti.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.088380 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list