CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 175|Reply: 0

United kembali tekan Man City

[Copy link]
Post time 15-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LONDON: Manchester United membenam Bolton 3-0 malam tadi, sekali gus mengutip tiga mata untuk terus memberikan tekanan kepada pasukan tetangga City di persada liga dengan kedua-dua pasukan terikat 48 mata.Tottenham Hotspur pula terlepas peluang untuk bersama United dan City di puncak liga, apabila sekadar seri 1-1 ketika melayan kunjungan Wolves untuk berada dua mata di belakang.\n\n\n\n  Paul Scholes, 37 tahun, yang kembali daripada persaraan meledak gol pembukaan United pada minit ke-45 - gol pertamanya sejak Ogos 2010 - selepas menerima hantaran silang Wayne Rooney. \n\n\n\n\n Danny Welbeck menyumbang gol kedua, manakala Michael Carrick menyempurnakan kemenangan bergaya United dengan gol ketiga tujuh minit sebelum perlawanan berakhir. Terdahulu, penalti Rooney berjaya diselamatkan penjaga gol Adam Bogdan. Manchester City akan bertemu Wigan esok.Pemain tengah Chelsea, Frank Lampard pula menjaringkan gol tunggal pasukannya yang berada di tangga keempat ketika menumpaskan Sunderland 1-0 tetapi Liverpool, di tangga keenam, dipalit kehampaan apabila diikat 0-0 di laman sendiri ketika melayan kunjungan Stoke.Di kelompok bawah, Blackburn berjaya keluar dari zon penyingkiran selepas menewaskan Fulham 3-1 meskipun terpaksa bermain 10 orang selepas Yakubu dikenakan kad merah. - Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.422453 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list