CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 67|Reply: 0

Scholes buktikan: Fergie

[Copy link]
Post time 16-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MANCHESTER: Sir Alex Ferguson menyokong Paul Scholes untuk membuktikan kepada pengkritiknya selepas pemain veteran itu meraikan kelibatnya keluar daripada persaraan dengan gol buat Manchester United ketika menewaskan Bolton 3-0.Scholes meledak di Old Trafford, gol pertamanya sejak kali terakhir meledak ketika menentang Fulham pada Februari 2009, sebelum dua perlawanan pertamanya selepas rehat lebih lapan bulan menyaksikan United tewas kepada Blackburn dan Newcastle dalam aksi liga.\n\n\n\n   Gol pembukaan pada minit ke-45 kelmarin – gol ke-103 dirinya dalam liga – juga menjadi peringatan kepada kemampuan Scholes selepas pelbagai kritikan dilemparkan terhadap Ferguson kerana memujuknya keluar daripada persaraan. \n\n\n\n\n   “Dia mempunyai naluri untuk meledak gol. Dia muncul apabila dia rasa perlu berbuat demikian, berada di kawasan tengah dan mengawal situasi. “Dia sudah terbukti sebagai antara yang terbaik di United. Ada beberapa perkara negatif dilemparkan kepadanya minggu ini namun apabila kamu melihat prestasinya, kualitinya, kamu tidak lihat ia hilang. Dia berlatih dengan keras sejak beberapa minggu lalu dan kami mengambilnya pada waktu yang tepat.”Jaringan Scholes penting selepas Wayne Rooney gagal menyudahkan sepakan penalti pada separuh masa pertama, sebelum Danny Welbeck dan Michael Carrick menambah dua gol lagi buat membolehkan United berkongsi mata bersama pendahulu Manchester City yang berkunjung ke Wigan hari ini. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.073867 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list