CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 206|Reply: 0

Sambutan hari jadi Muhammad Ali meriah

[Copy link]
Post time 16-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LOUISVILLE: Lebih 300 orang menghadiri sambutan hari jadi ikon tinju, Muhammad Ali kelmarin, yang juga majlis mewah untuk mengumpul dana dengan bayaran AS$1,000 (RM3,133) di rumahnya di Kentucky.\rAli, antara ahli sukan terkenal dunia, menyambut ulang tahun kelahiran ke-70, esok.\r\n\n\n\n\r    Bekas juara heavyweight dunia tiga kali itu kini mengalami penyakit Parkinson yang mana doktor berkata, ia mungkin disebabkan kariernya selaku peninju.\r\r\n\n\n\n\n    Majlis mengumpul dana itu diadakan di Pusat Muhammad Ali di Louisville dan ia sebahagian daripada kemudahan aktiviti untuk program “Tujuh Hari untuk Tujuh Dekad.”\rAli bergerak perlahan tetapi ada kala berjalan dengan sendiri tanpa bantuan tatkala dia berbual dan melambai kepada hadirin.\rSelain saudara mara, mereka yang hadir termasuk bekas jurulatih Ali, Angelo Dundee dan tiga pengembara Amerika yang pernah dipenjara di Iran suatu ketika dulu. Ali, yang beragama Islam memberi tekanan kepada kerajaan Iran untuk pembebasan mereka.\rBintang rock, John Mellencamp, yang anak lelakinya juga seorang peninju, membuat persembahan pada majlis itu.\r\n\n\n\rAli, yang lahir dengan nama Cassius Clay di Louisville 17 Januari 1942, memiliki rumah di Arizona dan Michigan serta Louisville.\rPada November lalu, legenda heavyweight itu dimasukkan ke hospital di Phoenix kerana dehidrasi, beberapa hari selepas dia menghadiri pengebumian pencabar lamanya, Joe Frazier, yang meninggal dunia kerana kanser hati di Philadelphia, 8 November lalu.\rAli cuba untuk menggunakan statusnya untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit dialaminya dan berkempen untuk mengutip dana bagi penyelidikan. – AFP\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.057962 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list