CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 202|Reply: 0

DRB-Hicom pengedar Volkswagen CKD

[Copy link]
Post time 16-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
VOLKSWAGEN AG, pengeluar kenderaan terbesar Eropah, akan meningkatkan kerjasamanya dengan DRB-Hicom Bhd dengan melantik konglomerat terkemuka tempatan itu sebagai pengedar pemborong bagi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) Volkswagen di Malaysia.\rKetua Operasi Komersial ASEAN Volkswagen, Weiming Soh, berkata langkah mewujudkan satu lagi kerjasama dengan DRB-Hicom itu bakal menjadi batu loncatan kepada syarikat mengukuhkan rantaian pengedaran kenderaannya di Malaysia pada masa depan.\r\n\n\n\n\r  Katanya, komitmen pelaburan di Malaysia bukan hanya untuk operasi pemasangan dan kilang tetapi turut meliputi seluruh rantaian pengedaran seperti runcit dan pemborongan bagi kenderaan CKD Volkswagen.\r\r\n\n\n\n\n  “Volkswagen amat berpuas hati dengan kerjasama dan persediaan kilang DRB-Hicom di Pekan dan mereka berjaya mencapai tahap yang kami tetapkan sebagai syarikat Jerman, justeru, kami mungkin akan meluaskan kerjasama itu kepada kerjasama jualan tidak lama lagi. \r“Jadi, pada masa depan kami bakal mempunyai dua kerjasama dengan DRB-Hicom iaitu kerjasama bagi pengeluaran di Pekan dan kerjasama runcit dengan DRB-Hicom akan dilantik sebagai rakan niaga runcit.\r“Kami turut meninjau meningkatkan tahap mereka sebagai pengedar pemborong bagi model CKD, jika tiada masalah kami akan buat pengumuman rasmi nanti,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.\rSoh berkata, sebagai pengedar pemborong bagi model CKD di Malaysia, DRB-Hicom akan bertanggung jawab membeli kenderaan itu dari kilang pemasangan di Pekan dan menjualnya kepada pengedar di seluruh negara.\r\n\n\n\rKatanya, kini syarikat mempunyai 17 pengedar rasmi dengan 10 daripadanya mempunyai operasi yang besar dan kukuh seperti pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti).\r“Kami tidak mahu memiliki terlalu banyak pusat pengedaran di Malaysia kerana  mahu pengedar berpuas hati dengan pelaburan masing-masing, jadi kami meminta mereka menambah pelaburan dengan menaik taraf pusat sedia ada kepada pusat 3S.\rSementara itu, beliau berkata, bagi tahun ini, syarikat merancang melancarkan 12 model Volkswagen baru di pasaran tempatan meliputi model CKD dan model diimport sepenuhnya (CBU).\rKatanya, model baru itu akan meluaskan lagi pilihan menepati cita rasa pengguna di Malaysia berbanding 15 model Volkswagen sedia ada yang dilancarkan tahun lalu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 119440 Replies : 3085
Apa sebenarnya Anxiety?
adila39Apa sebenarnya Anxiety?
Views : 11346 Replies : 7
Telah menghabiskan simpanan mereka atau terpaksa berhutang hanya untuk membayar ejen bagi dokumentasi,Menteri Bangladesh Rayu Kerajaan Malaysia Benarkan 17,000 Abangla Masuk Bekerja
YgBenarTelah menghabiskan simpanan mereka atau
Views : 9152 Replies : 9
MADAME WEB
SY_MumiMADAME WEB
Views : 5056 Replies : 12
BEETLEJUICE BEETLEJUICE
SY_MumiBEETLEJUICE BEETLEJUICE
Views : 7276 Replies : 1
Herbal Improved Cream For Big Butt & Small Breat in Midrand,Modderfontein+27791574740 Orange Farm,RandburgSouth africa
shifahHerbal Improved Cream For Big Butt & Sma
Views : 2845 Replies : 1
Max Curve Women Creams And Pills in Roodepoort,Sandton,Soweto,Naturena South Africa+27791574740
shifahMax Curve Women Creams And Pills in Rood
Views : 3338 Replies : 1
Azizulhasni bersara dengan tenang jika rangkul pingat emas di Olimpik Paris
prettygoodAzizulhasni bersara dengan tenang jika r
Views : 9343 Replies : 1
[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
doubleA[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
Views : 24250 Replies : 28
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 185474 Replies : 1709

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.055563 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list