CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 321|Reply: 1

DRB-Hicom yakin perkukuh, tingkat daya saing PROTON

[Copy link]
Post time 17-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MENGUKUHKAN tahap kehadiran jenama PROTON serta meningkatkan lagi daya saing industri automotif Malaysia  ke paras lebih tinggi adalah dua misi utama DRB-Hicom Bhd, iaitu bakal pemilik baru PROTON Holdings Bhd.\rPengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, berkata  dalam mengemudikan pengeluar kereta nasional itu, konglomerat berkenaan akan sentiasa berlandaskan kepada pendekatan strategi serampang dua mata itu.\r\n\n\n\n\r  “Agenda utama yang digariskan DRB-Hicom (selepas mengambilalih PROTON Holdings) ialah melaksanakan strategi serampang dua mata, iaitu memastikan memperluaskan kehadiran syarikat kereta nasional itu di arena antarabangsa, pada masa sama memastikan daya saing industri automotif negara ditingkatkan,” katanya dalam kenyataan selepas DRB-Hicom diumumkan pemenang bidaan bagi mengambilalih 42.74 peratus kepentingan Khazanah Nasional Bhd dalam PROTON Holdings, semalam.\r\r\n\n\n\n\n  Dalam merealisasikan objektif itu, Mohd Khamil yang telah membawa DRB-Hicom memperoleh projek automotif besar sejak menerajui konglomerat itu pada 2006, komited untuk menyediakan barisan kepemimpinan kukuh yang diperlukan bagi memandu PROTON Holdings ke kedudukan lebih baik serta meraih daya saingnya.\r“PROTON Holdings akan mendapat sokongan langsung daripada Kumpulan DRB-Hicom, sementara kehadiran Edaran Otomobil Nasional (EON) pula akan menyediakan teras amat diperlukannya untuk menjana strategi kandungan pemasaran yang segar dan baru untuk memacunya ke peringkat lebih tinggi di pasaran tempatan dan antarabangsa,” katanya.\rMohd Khamil menambah, DRB-Hicom akan memanfaatkan rangkaian pengedar milik sedia adanya untuk meluaskan jangkauan pasaran kereta nasional itu ke semua lapisan pengguna.\r“Akhirnya, strategi pemasaran PROTON Holdings akan menjadi sangat fokus-pengedar, sementara kehadiran DRB-Hicom dalam rantaian nilainya akan mengukuhkan lagi DNA syarikat kereta nasional itu,” katanya.\r\n\n\n\rMohd Khamil Jamil berkata, tumpuan utama DRB-Hicom dalam tempoh terdekat ini \rialah melaksana dan merealisasikan segala pelan tindakan dan model perniagaan sedia ada digariskan PROTON Holdings.\r“Ini bermakna bahawa aspek pembaharuan dan peningkatan produk adalah salah satu agenda utama DRB-Hicom.\r“Dengan pengembangan teknologi automotif yang memperlihatkan teknologi hijau meraih momentumnya, kenderaan hibrid dan elektrik akan menjadi salah satu strategi tumpuan DRB-Hicom dalam PROTON Holdings,” katanya sambil menambah DRB-Hicom akan berusaha memastikan jenama PROTON terus memenuhi keperluan dan gaya hidup pengguna sejajar perubahan pasaran automotif global.\rMohd Khamil turut yakin, berbekalkan pengetahuan menyeluruh serta rangkaian perkongsian serta kerjasama DRB-Hicom dengan beberapa syarikat automotif antarabangsa, kumpulan itu berada dalam kedudukan terbaik untuk meningkatkan lagi rantaian operasi PROTON Holdings.\r“Kelebihan dimiliki DRB-Hicom akan mengukuhkan operasi PROTON Holdings dari segi pembangunan dan penempatan rangkaian vendor tempatan, sistem pengeluaran dan rangkaian pengedarannya serta kehadirannya dalam pasaran serantau sebagai kereta untuk pasaran ASEAN,” tegasnya.\rBeliau turut menegaskan, dengan sokongan rakan pengeluar peralatan tulen (OEM) antarabangsanya, keupayaan DRB-Hicom mengemudikan PROTON dengan membawa angin perubahan yang positif tidak harus dipandang ringan oleh mana-mana pihak.\r“Pemeteraian perjanjian itu menandakan bermulanya lebih banyak perkara menarik pada masa depan buat DRB-Hicom dan PROTON Holdings.\r“Dengan banyak manfaat bersama dan sinergi yang akan diperoleh, PROTON Holdings akan meraih kelebihan yang mana akhirnya akan memberi manfaat kepada pengguna dan pihak berkepentingan lain, khususnya dari segi kualiti, kos dan penghantaran kenderaan,” katanya sambil menegaskan kumpulan itu akan terus memastikan kebajikan pekerja, vendor dan pengedar pengeluar kereta nasional itu dibela dan dipertingkatkan.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2012 06:31 PM | Show all posts
bro bukan 42.74% la ni dah 50.01% majoriti..Pg td beli lg 7.27 pd share holder lain..Lepas ni ramai la team2 management Proton angkat kaki digantikan dengan org2 DRB..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.061746 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list