CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 124|Reply: 0

Euro kekal mata wang global

[Copy link]
Post time 17-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MATA wang euro akan kekal sebagai mata wang global dan negara zon euro akan bangkit semula daripada krisis hutangnya, kata Pesuruhjaya Pasaran bagi Kesatuan Eropah (EU), Michel Barnier, semalam.\rBarnier mengulangi rasa terkejut terhadap keputusan agensi penilaian Standard & Poor minggu lalu, yang menurun penarafan kredit sembilan negara anggota zon euro itu dan berkata, semua 17 negara itu sudah pun mengambil langkah besar ke arah mengembalikan keyakinan terhadap negara masing-masing.\r\n\n\n\n\r   “Jangan salah anggapan, ini bukan krisis yang membabitkan euro sebagai mata wang,” katanya kepada delegasi Forum Kewangan Asia yang menghimpunkan ketua eksekutif bank dan institusi kewangan utama di Hong Kong.\r\r\n\n\n\n\n  “Mata wang euro akan terus kukuh. Sejak 10 tahun lalu, mata wang euro sudah membuktikan yang ia adalah mata wang dunia sebenar dan walaupun dalam persekitaran yang sukar ia tetap kukuh.\r“Krisis sebenar yang dihadapi zon euro adalah krisis keyakinan. Perpaduan politik, penentuan dan keupayaan kami untuk membetulkan semula apa yang salah... kini sedang diuji.”    \rKeputusan Standard & Poor menurun penarafan kredit sembilan negara zon euro termasuk Perancis dan Austria, adalah berdasarkan kebimbangan berhubung tahap hutang kerajaan dan kos pembiayaannya yang tinggi .\rAgensi itu berkata, tindakan yang diambil penggubal dasar Eropah terhadap krisis adalah berdasarkan hasil sidang kemuncak yang berlangsung bulan lalu itu sebagai ‘tidak mencukupi untuk menangani sepenuhnya ketegangan yang berterusan di zon euro’.\r\n\n\n\rNamun, Barnier berkata, agensi penilaian perlu mengambil kira langkah yang dilaksanakan kerajaan negara terbabit sebelum ini dalam mengatasi masalah itu.\rKatanya, beliau amat terkejut berhubung masa yang dipilih agensi itu untuk membuat pengumuman terbabit dan meminta agensi supaya lebih telus dalam membuat keputusan.\r“Saya ingin mendapat isyarat daripada agensi penilaian sebegitu lima hingga enam tahun lalu, bukan sekarang,” katanya kepada pemberita selepas selingan forum.\r“Saya mahu pastikan apabila mereka membuat pengumuman itu, mereka sudah mengambil kira sepenuhnya langkah yang diambil kerajaan,” katanya walaupun dia tidak mahu meremehkan tahap serius ancaman yang mengganggu kestabilan ekonomi Eropah itu.\r“Kita perlu mengelakkan satu lagi masalah kredit yang besar dan kesan buruk kepada ekonomi sebenar,” katanya menambah, krisis hutang negara itu sudah pun melimpah ke pasaran pinjaman antara bank. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.705439 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list