CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 77|Reply: 0

Selangor diaib FELDA United

[Copy link]
Post time 18-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
‘Anak peneroka’ jejas rentak kebangkitan semula Merah KuningREPUTASI besar Selangor – skuad pilihan dalam kancah Liga Super, musim ini – tercalar selepas kecundang 0-1 kepada FELDA United di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput Melaka, petang semalam.\rSkuad Peneroka itu berterima kasih kepada penyerangnya, Azrul Ahmad yang bijak menolak masuk gol kemenangan pada minit ke-28 untuk menewaskan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali.\r\n\n\n\n\r  Hanya tiga hari selepas menumbangkan Perak, anak didik Irfan Bakti gagal mengulangi rentak sama dan akur masih ada banyak perlu diperbaiki sebelum mendapat semula pengiktirafan, termasuk memperkasakan semula jentera serangan mereka.\r\r\n\n\n\n\n  Pada babak pertama tuan rumah nyata lebih agresif, sebaliknya gerakan yang cuba dicipta penyerang Selangor, Amirulhadi Zainal, Safiq Rahim dan Amri Yahyah juga bijak ditutup Nizam Abu Bakar bersama rakan lain.\rPada babak kedua, Merah Kuning cuba membentuk permainan tersusun menerusi gerakan Safiq, Mohd Fitri Shazwan dan Amirulhadi tetapi penyudah tumpul menghampakan, termasuk peluang baik pada minit ke-56 tetapi gagal ditanduk tepat Asrarudin Putra Omar.\rKetika skuad Lembah Klang itu berusaha mencari gol penyamaan, Azrul berpeluang sekali lagi menghukum kepincangan benteng Selangor pada minit ke-59 tetapi tolakannya gagal menemui sasaran ketika hanya berdepan Norazlan.\rUsaha Selangor cuba mengikat kedudukan terus dihampakan barisan skuad E Elavarasan termasuk tandukan Amri pada minit ke-63, rembatan Safiq (66) dan cubaan K Gurusamy dua minit selepas itu yang sekadar melepasi palang gawang FELDA United untuk Selangor berputih mata di bumi Hang Tuah.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.050582 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list