CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 138|Reply: 0

IOI menang bida tanah 2.44 hektar di Singapura

[Copy link]
Post time 18-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
IOI Corporation Bhd mengukuhkan lagi kehadirannya di pasaran hartanah Singapura apabila memenangi bidaan bagi membeli tanah seluas 2.44 hektar di Jalan Lempeng, Singapura pada harga S$408 juta (RM995.5 juta).\rBidaan itu dimenangi menerusi anak syarikatnya yang berpangkalan di republik itu, Multi Wealth (Singapore) Pte Ltd.\r\n\n\n\n\r  IOI Corporation dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia semalam berkata, ia bercadang memajukan tanah pajakan selama 99 tahun itu dengan projek kediaman yang mengandungi unit kondominium.\r\r\n\n\n\n\n  “Nilai dan anggaran kos bagi pembangunan projek pembangunan itu belum ditetapkan kerana ia masih pada peringkat perancangan,” katanya sambil menambah urus niaga pembelian tanah itu akan diselesaikan menjelang Jun ini dan ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan itu pada masa depan.\rKonglomerat itu menjelaskan, tanah yang terletak di kawasan kediaman matang, Clementi itu berada di kedudukan strategik kerana berhampiran dengan sekolah, institusi pengajian tinggi dan pusat  beli-belah seperti Clementi Mall, West End Plaza dan IMM serta stesen Transit Aliran Massa (MRT).\rKatanya pihaknya optimistik dengan prospek projek kediaman yang akan dibangunkannya itu kerana ia bukan saja mampu menarik pembeli dari luar, malah di kalangan penduduk sedia ada kawasan berkenaan yang menginginkan rumah kediaman   lebih baik.\r“Pembelian tanah ini menawarkan peluang   kepada IOI Corporation mengembangkan lagi produk hartanah yang kami tawarkan kepada penduduk Singapura.\r\n\n\n\r“Kami optimis terhadap prospek jangka sederhana dan panjang pasaran hartanah serta ekonomi Singapura dengan mengambil kira statusnya sebagai bandar raya antarabangsa,” katanya.\rPembangunan hartanah adalah antara empat bidang perniagaan teras Kumpulan IOI.\rAntara projek utamanya ialah Bandar Puteri Puchong di Puchong dan IOI Resort City di Putrajaya.\rKonglomerat perladangan itu juga mempunyai beberapa projek hartanah di Singapura termasuk Seascape@Sentosa Cove dan Cityscape@Farrer Park.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.061334 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list