CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 118|Reply: 0

AirAsia X sasar laluan Adelaide

[Copy link]
Post time 18-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
AIRASIA X, yang melancarkan penerbangan terus Kuala Lumpur - Sydney kelmarin, menyasar Adelaide sebagai laluan berikutnya dalam usahanya mengembangkan operasi di Australia.\rKetua Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani, berkata perbincangan mengenai perkara itu masih di peringkat awal dan ia dijangka dapat dimuktamadkan pada 2013.\r\n\n\n\n\r  Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran laluan Kuala Lumpur-Sydney di Muzium Pusat Seni Kontemporari di Sydney semalam.\r\r\n\n\n\n\n  Tambang penerbangan sulung Kuala Lumpur-Sydney, yang bermula 1 April ini, ditawarkan pada harga RM199 sehala. \rIni adalah tambang penerbangan yang paling rendah pernah ditawarkan ke kota itu dari Kuala Lumpur. Sementara itu, tambang dari bandar Sydney ke Kuala Lumpur pula adalah dari A$99 (RM320).\rAzran berkata, pihaknya menyasar pendapatan sehingga RM16 juta pada tahun \rpertama operasi laluan Kuala Lumpur-Sydney.\rMengenai langkah AirAsia X menggantung penerbangan ke empat bandar raya, iaitu Paris, London, New Delhi dan Mumbai baru-baru ini, Azran berkata, ia adalah keputusan perniagaan semata-mata.\rWalaupun jumlah penumpang yang tinggi, kos bahan api yang meningkat, pengenalan cukai karbon di Eropah serta isu cukai di India, adalah punca penggantungan itu, katanya.\rAzran berkata, penarikan dari empat bandar raya itu tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan kerjasama kumpulan itu dengan Penerbangan Malaysia (MAS).\rKajian semula mengenai laluan itu  dibuat sejak 2010, iaitu sebelum AirAsia menjadi kerjasama dengan MAS.\r“Ini benar-benar keputusan Air-Asia X. Kami memutuskan bahawa daripada pergi ke banyak pasaran dan menjadikan kami kecil, kami akan memberi tumpuan kepada pasaran teras, yang mana potensi untuk pertumbuhan adalah lebih tinggi.\r“Wujud peluang yang besar di Asia Pasifik. Strateginya adalah untuk ke negara, pelbagai bandar dan menguntungkan dari segi ekonomi. \r“Kami sedang mengkaji untuk Australia, Jepun, China, Taiwan, dan juga Tehran,” katanya.\rMengenai sama ada AirAsia X masih akan terus bersaing dengan MAS, Azran berkata, perkara itu akan berlaku khususnya di laluan yang kedua-duanya menyediakan perkhidmatan.\rAirAsia X kini mengadakan perkhidmatan ke Gold Coast, Melbourne dan Perth Australia.\rBagaimanapun, beliau berkata, adalah jelas model digunakan MAS adalah menjadi syarikat penerbangan utama yang menawarkan produk dan perkhidmatan utama dan pesaing sebenarnya adalah syarikat-syarikat penerbangan utama yang lain.\rSementara itu, penerbangan Air-Asia X Kuala Lumpur-Sydney disambut baik sebagai perkembangan penting bagi industri pelancongan Australia dan Malaysia.\rSandra Chipchase, Ketua Eksekutif Destination NSW (New South Wales), berkata perkhidmatan baru itu akan menghasilkan kira-kira 55,000 lagi pelawat antarabangsa ke negeri itu setahun.\rBeliau berkata, pada akhir September lalu, NSW menerima 46,000 pelawat dari Malaysia.\r“Perbelanjaan pelancong Malaysia di NSW adalah A$142 juta (RM459 juta), kenaikan lebih 75 peratus daripada sebelum ini,” tambah beliau.\rChipchase berkata perkhidmatan baru AirAsia X dijangka meningkatkan lagi pendapatan berkenaan. – BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.055057 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list