CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 147|Reply: 0

Pengasas tinggal Yahoo!

[Copy link]
Post time 19-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Yang ceburi bidang lain masih memiliki 3.6 peratus saham\rJERRY Yang  membangunkan Yahoo! daripada syarikat kecil kepada gergasi dalam talian. Namun, pengasas bersama perintis internet itu kini menjadi sasaran kecaman pelabur berikutan isu pengurusan semasa syarikat.\r\n\n\n\n\rKelmarin, Yang meletak jawatan daripada Lembaga Pengarah Yahoo! dan semua jawatan di syarikat yang diasaskannya   17 tahun lalu.  Beliau berkata, masa sudah tiba untuknya ‘meneruskan bidang lain.’\r\r\n\n\n\n\nDilahirkan di Taiwan pada 6 November 1968, Yang berpindah ke Amerika Syarikat (AS) bersama keluarga ketika berusia 10 tahun dan dibesarkan di San Jose, California.\rKetika menyambung pengajian kejuruteraan elektrik di Stanford University, California, Yang dan rakan sekelasnya, David Filo membina  direktori untuk laman web yang dipanggil ‘Panduan Jerry ke World Wide Web.’\rMereka mengasaskan portal internet Yahoo! pada 1995 dan Yang menjadi antara jutawan dotcom terawal di Lembah Silikon pada tahun berikutnya apabila syarikat berpangkalan di Sunnyvale, California itu disenaraikan di pasaran saham.\rYahoo! terselamat daripada letusan gelembung dotcom lima tahun kemudian dan meskipun bergelut sejak kebelakangan ini, ia masih kekal satu daripada laman web paling popular dengan menarik jutaan pengguna sehari sebagai pintu masuk ke internet.\r\n\n\n\rNamun, di sebalik mempunyai isi kandungan mantap dan menjadi laman web popular, Yahoo! kehilangan perniagaan pengiklanan dalam taliannya kepada gergasi enjin carian Google, jaguh rangkaian sosial facebook serta beberapa laman web pengkhususan lain.\rYang memegang jawatan  Ketua Eksekutif Yahoo! dari Jun 2007 hingga Januari 2009 dan dalam tempoh itu beliau menjadi tajuk utama apabila menolak tawaran Microsoft untuk membeli syarikat itu dalam urus niaga bernilai kira-kira AS$47 bilion.\rKeputusannya menolak bidaan Microsoft mencetus kecaman kebanyakan pemegang sahamnya dan menuduh beliau meletakkan sen-timen peribadi terhadap syarikat yang dibinanya itu berbanding kepentingan pelabur.\rSaham Yahoo! meningkat 3.5 peratus kepada AS$15.99 dalam beberapa jam dagangan selepas pengumuman peletakan jawatan Yang daripada Lembaga Pengarah Yahoo! dan Lembaga Pengarah Yahoo! Japan serta Alibaba Group Holding Ltd.\rDalam suratnya kepada Pengerusi Yahoo!, Roy Bostock, Yang berkata: “masa dihabiskan di Yahoo! daripada ia diasaskan hingga sekarang adalah tempoh yang paling menarik serta pengalaman terbaik dalam hidup saya. Namun, masanya sudah tiba untuk saya meneruskan bidang lain di luar Yahoo!”\rBeliau sentiasa kekal fokus terhadap pemegang kepentingan Yahoo!, termasuk pemegang saham, kakitangan serta kira-kira 700 juta pengguna. \rMengikut majalah Forbes, Yang  individu ke-938 paling kaya di dunia dengan harta dianggarkan AS$1.1 bilion. Beliau masih memiliki 3.6 peratus saham Yahoo! – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.055709 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list