CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 166|Reply: 0

Malaysia terlindung ancaman kemelesetan

[Copy link]
Post time 20-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pakar ekonomi antarabangsa ramal eksport dan pembuatan negara lebih kukuh tahun ini\rMALAYSIA terlindung daripada ancaman kemelesetan ekonomi tahun ini berikutan tinjauan positif ke atas negara sedang membangun serta rantau ASEAN, meskipun berdepan risiko faktor luaran terutama masalah hutang berterusan di zon euro, kata bank pelaburan antarabangsa, Bank of America Merrill Lynch.\r\n\n\n\n\r  Ahli Ekonomi Kaji Selidik Globalnya, Chua Hak Bin, berkata negara membangun dan rantau ASEAN kecuali Singapura mempunyai faktor sokongan kukuh seperti asas domestik mantap yang meletakkannya dalam kedudukan kalis daripada kemungkinan kemelesetan tahun ini.\r\r\n\n\n\n\n  “Kemungkinan untuk ekonomi Malaysia meleset adalah rendah, yang mana kami menjangkakan kebarangkalian paling tinggi untuk negara ini terjerumus ke dalam kemelesetan adalah 20 peratus.\r“Kami turut menjangkakan angka eksport dan pembuatan Malaysia yang lebih kukuh untuk tahun ini,” katanya pada taklimat tinjauan ekonomi dunia 2012 bertajuk ‘Ekonomi ASEAN 2012: Mengemudi Pergolakan’ di Kuala Lumpur, semalam.\rChua berkata, bagi menampan faktor luaran yang dijangka menjadi pencetus kelembapan ekonomi global tahun ini, kerajaan perlu meneruskan usaha meningkatkan permintaan domestik, manakala Bank Negara Malaysia dijangka akan melonggarkan dasar monetarinya.\r“Kami mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang 3.6 peratus tahun ini, rendah daripada sasaran kerajaan namun angka itu kami anggap agak baik dalam keadaan semasa.\r\n\n\n\r“Malaysia akan menyertai negara serantau lain seperti Indonesia, Filipina dan Thailand sebagai ekonomi sedang membangun yang wajar diperhatikan dunia pada 2012 ini,” katanya.\rBeliau juga berkata, bank itu menjangkakan inflasi di negara ASEAN akan turun tahun ini, dirangsang oleh desakan bersifat deflasi berikutan ekonomi global yang perlahan.\r“Inflasi (di rantau ini) sepatutnya turun, kecuali Singapura,” katanya sambil menyasarkan inflasi Malaysia berada pada 2.6 peratus tahun ini dan menjangkakan Bank Negara akan menurunkan kadar dasar semalamannya sebanyak 0.5 peratus pada suku kedua apabila inflasi turun di bawah tiga peratus.\r“Jika inflasi turun di bawah paras tiga peratus dalam beberapa bulan akan datang, ia akan membuka pintu untuk Bank Negara menurunkan kadarnya. Terdapat ruang untuk inflasi turun di bawah tiga peratus.\r“Penurunan kadar ini akan membantu (menyokong asas ekonomi), yang mana kita sudah menyaksikan beberapa bank pusat melaksanakannya. Indonesia telah mengurangkan kadar dasarnya dan Filipina mungkin menyusul,” katanya.\rBeliau juga berkata, nisbah hutang isi rumah dan kredit domestik adalah satu lagi faktor yang wajar diberi perhatian memandangkan negara ini mencatatkan kadar yang tinggi berbanding negara lain di rantau ASEAN.\r“Kami menjangkakan hutang isi rumah di Malaysia terus meningkat tahun ini. \rHutang bagi tujuan pinjaman perumahan mungkin agak terkawal, namun perhatian perlu diberikan kepada perbelanjaan kad kredit,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.107764 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list