CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 123|Reply: 0

NCER tarik pelaburan swasta RM9.9b

[Copy link]
Post time 20-1-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Strategi mantap rancakkan pertumbuhan Koridor Utara\rWILAYAH Ekonomi Koridor Utara (NCER) menarik pelaburan swasta berjumlah RM9.9 bilion tahun lalu, meningkat 63 peratus berbanding yang dicatatkan pada 2010.\r\n\n\n\n\r  Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafiq, berkata, sepanjang 2011 NCIA menjalin 27 kerjasama dengan sektor swasta bagi pelbagai inisiatif di empat negeri, iaitu Perlis, Perak, Kedah dan Pulau Pinang, antaranya kerjasama dengan DreamEDGE Sdn Bhd, Schlumberger Seismic Manufacturing Sdn Bhd, JPB Asia Pacific Sdn Bhd dan PPK Beseri.\r\r\n\n\n\n\n  “Kami memasuki 2011 dengan strategi mantap untuk merancakkan pertumbuhan di kawasan teras Koridor Utara, khususnya pertanian, pembuatan, logistik dan pelancongan.\r“Peningkatan pelaburan sebanyak 63 peratus itu menunjukkan kita berada di landasan kukuh. Syarikat kini menghargai potensi ekonomi meluas di NCER dan mengambil manfaat daripadanya,” katanya sambil menambah secara keseluruhan, pembabitan sektor swasta digerakkan NCIA tahun lalu dijangka mewujudkan 27,267 pekerjaan dan peluang perniagaan di wilayah berkenaan.\rBeliau mengumumkan pencapaian itu pada mesyuarat majlis Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya, semalam.\rRedza berkata, NCIA kini sedang bersiap sedia merubah NCER menjadi kawasan ekonomi berkelas dunia menjelang 2025 dan mengekalkan pendekatan padu bagi memanfaatkan semua pihak terbabit dengannya.\r\n\n\n\rTahun ini, NCIA katanya akan menumpu meningkatkan peluang bagi peserta industri kecil dan sederhana (SME) dengan mengumpil perkongsian sedia ada dengan sektor swasta.\rDengan peningkatan permintaan bagi produk pertanian di Malaysia dan luar negara, NCIA mengadakan kerjasama dengan JPB Asia Pacific Sdn Bhd (JPB) dan PPK \rBeseri, persatuan peladang tempatan.\rJPB adalah pengeluar produk pertanian. Ia mewakili JP Beemsterbour BV yang berpangkalan di Belanda.\rRedza berkata, JPB yang memasarkan produk pertanian tempatan di Asia Timur, Kesatuan Eropah dan Asia akan memulakan Program Pembangunan Rumah Hijau dan Program Latihan Usahatani bagi meningkatkan produktiviti pertanian.\rKedua-dua program itu diunjurkan menjana pendapatan antara RM3,000 dan RM5,000 sebulan, katanya.\rSementara itu, NCIA turut mengadakan kerjasama dengan PPK Beseri bagi menubuhkan program pengurusan sawah padi di Kampung Belukar dan Beseri Dalam di Perlis, yang dijadualkan bermula dengan 181 hektar membabitkan 245 pesawah.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.067359 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list