CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 126|Reply: 0

Bisnes Dunia: General Motors rampas takhta Toyota

[Copy link]
Post time 21-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Usaha keras GM berjaya   jual 9.026 juta kenderaan  pada peringkat global tahun lalu\rGENERAL Motors Co (GM) merampas semula gelaran pengeluar kenderaan paling laris di dunia daripada pesaingnya, Toyota Motor Corp untuk 2011. \r\n\n\n\n\r  Namun begitu, syarikat automotif Amerika Syarikat (AS) itu berdepan cabaran  untuk mengekalkan status itu berikutan Toyota sedang giat membina semula perniagaannya yang terjejas akibat bencana alam di Jepun awal tahun lalu.\r\r\n\n\n\n\n  GM, yang bangkit semula daripada muflis hampir tiga tahun lalu berkata, ia telah menjual 9.026 juta kenderaan pada peringkat global tahun lalu, naik 7.6 peratus daripada 2010, dengan jenama Chevrolet meraih rekod jualan 4.76 juta unit kenderaan.\rSyarikat berpangkalan di Detroit itu kembali di tempat pertama sejak kali terakhir pada 2009 selepas ia melaksanakan penyusunan semula syarikat, sekali gus menghapuskan kos yang diwarisi sejak bertahun-tahun sebelumnya.\rKedudukan itu juga diperoleh semula selepas jualan Toyota jatuh dengan anggaran enam peratus tahun lalu kepada 7.9 juta kenderaan berikutan kekurangan pengeluaran kenderaan susulan krisis gempa bumi, tsunami dan nuklear di Jepun serta banjir teruk di Thailand.\rWalau begitu kumpulan automotif Jepun itu sedang melipatgandakan pengeluarannya untuk membina semula kekurangan inventori dan akan menambah kapasiti pengeluarannya di pasaran sedang membangun seperti Brazil dan China tahun ini.\r\n\n\n\rTapi penganalisis berkata, ia juga akan berdepan dengan saingan sengit daripada pesaing yang akan meningkatkan pengeluaran mereka.\r“Masalah besar Toyota adalah walaupun tanpa masalah bencana alam, jualannya tidak banyak meningkat sebenarnya,” kata Penganalisis Automotif JP Morgan, Kohei Takahashi.\r“Kedudukan tidak berapa penting, tapi mereka perlu strategi yang meyakinkan untuk meningkatkan jualan,” katanya sambil menambah Toyota di belakang pesaing seperti Nissan Motor Co dari segi mengeluarkan kereta kecil bagi pasaran sedang membangun.\rJualan keseluruhan Toyota seluruh dunia termasuk anak syarikatnya Daihatsu Motors Co dan Hino Motors Ltd, masih meletakkannya di belakang Volkswagen AG yang mencatat jualan sebanyak 8.16 juta tahun lalu.\rToyota tidak memberi sebarang unjuran tahun ini, tapi berkata ia menjangka jualan kenderaannya saja akan meningkat 20 peratus daripada rekod 8.48 juta kenderaan tahun ini. \rGabungan jualan Daihatsu dan Hino hanya sekitar 850,000 saja. Sementara itu,  Toyota dijangka akan menerbitkan rekod jualan 2011 pada bulan ini.\rSaham Toyota naik 2.9 peratus pada pagi semalam di Tokyo manakala saham GM turut naik 1.3 peratus di New York. – Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.049788 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list