CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 158|Reply: 0

Skretariat khas perkukuh agenda TERAJU

[Copy link]
Post time 23-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Tubuh  TERAJU@KORIDOR mantap strategi serampang 3 mata\rUNIT Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) akan menubuhkan sekretariat khas di semua koridor pembangunan di negara ini sebagai strategi serampang tiga mata untuk memantapkan lagi agenda pengukuhan ekonomi Bumiputera tahun ini.\r\n\n\n\n\r  Penubuhan sekretariat itu bermatlamat untuk memberi penerangan lanjut kepada masyarakat mengenai program sedia ada yang dikendalikannya dan membentuk kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi melahirkan lebih banyak inisiatif baru kepada Bumiputera. \r\r\n\n\n\n\n  Ia juga akan mencari beberapa syarikat berpotensi untuk diserap di bawah program Perusahaan Kecil dan Sederhana Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS).\rUnit di bawah Jabatan Perdana Menteri itu akan menubuhkan sekretariat tetapnya di Wilayah Pembangunan Iskandar, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Koridor Sarawak Bagi Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE) dan Koridor Pembangunan Sabah (SDC).\rKetua Eksekutifnya, Husni Salleh, berkata sekretariat itu yang akan dikenali sebagai TERAJU@KORIDOR membolehkan TERAJU bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan untuk meninjau mana-mana peluang pertumbuhan di wilayah pembangunan terbabit yang boleh dimanfaatkan syarikat Bumiputera.\r“Selepas setahun ditubuhkan, TERAJU kini sudah mempunyai program sendiri yang akan diterapkan kepada kumpulan sasar. \r\n\n\n\r“Perancangan tidak semestinya dibuat pada peringkat Persekutuan, malah ia akan dikembangkan pada peringkat negeri, justeru kami mengenal pasti potensi koridor pembangunan negara sebagai antara pemangkin kepada pelaksanaan semua program itu,” katanya ketika ditemui Berita Harian di Petaling Jaya, baru-baru ini.\rTERAJU akan genap setahun beroperasi 8 Februari ini. Buat masa ini, unit itu menyandarkan kepada tiga inisiatif utamanya iaitu TERAS, Dana Mudahcara dan Dana Yayasan Peneraju Pendidikan.\rTERAJU juga membentuk 53 inisiatif kecil hasil daripada pelaksanaan makmal pembangunan Bumiputera tahun lalu, yang   hampir separuh daripada inisiatif berkenaan mula dilaksanakan.\rMengenai perkembangan TERAS, Husni berkata, pihaknya telah menghantar senarai kumpulan pertama 30 syarikat Bumiputera dalam program itu kepada kumpulan berkepentingan yang dapat menyokong agenda menjadikannya kumpulan syarikat berdaya maju di peringkat domestik dan antara-bangsa.\rSenarai syarikat itu, katanya, telah dihantar kepada bahagian pemerolehan di Kementerian Kewangan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat senaraian awam utama negara, agensi yang mengendalikan dana pemudah cara serta kerajaan negeri.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.132039 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list