CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 170|Reply: 0

Bisnes Dunia: London tumpuan pelabur dari Asia

[Copy link]
Post time 23-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Urus niaga hartanah pejabat diramal naik 20 peratus\rPelabur Asia dijangka melaksanakan lebih 20 peratus urus niaga hartanah pejabat di tengah bandar raya London tahun ini, didorong tarikan United Kingdom yang dianggap  selamat, telus dan menawarkan pulangan tinggi bagi pelaburan hartanah, kata perunding hartanah, Jones Lang LaSalle (JLL).\r\n\n\n\n\r   “Data JLL menunjukkan pelaburan pejabat di tengah London melonjak 150 peratus kepada 1.7 bilion pound (RM8.157 bilion) tahun lalu dan menyumbang 16 peratus daripada pelaburan keseluruhan dalam pasaran berjumlah 10.8 bilion pounds (RM51.831 bilion) satu angka yang meningkat 20 peratus tahun ini,” katanya di London, baru-baru ini.  \r\r\n\n\n\n\n   Andrew Hawkins, pengarah unit pelaburan JLL, berkata pembeli Asia terdiri daripada pelabur yang giat mengembangkan pelaburan, mendahului dana persaraan Kanada, pelabur Asia Barat dan Jerman, sekali gus mencerminkan aliran pasaran hartanah London.\r“Pembeli tertarik dengan ketelusan pasaran London, pajakan yang  panjang dan hasil yang lebih tinggi bagi pelaburan saingan seperti bon kerajaan.\r“Pelabur Eropah yang  dikejutkan dengan pengurangan pinjaman bank dan kebimbangan terhadap krisis hutang zon euro, menjadi kurang aktif,” katanya.\rPembeli Asia aktif tahun lalu termasuk Wilmar International,  Martua Sitorus yang membeli Menara Aviva dengan nilai 288 juta pound (RM1.382 bilion) dan dana kekayaan Korea Investment Corporation yang membeli 1 Bartholomew Lane pada harga 75 juta pound (RM359.9 juta)\r\n\n\n\rDana persaraan Korea Selatan, NPS dan Permodalan Nasional Bhd dari Malaysia  antara pelabur Asia yang membeli sehingga 5.75 bilion pound (RM27.588 bilion) dalam pasaran pejabat di London.\rKatanya,  pembeli Asia terbabit  aktif dalam kewangan daerah itu tahun lalu, menguasai 23 peratus daripada jumlah pelaburan tahunan. \rData itu turut menunjukkan terdapat tarikan yang kuat bagi pelabur Asia untuk tawaran yang lebih besar. \rJLL berkata, 40 peratus daripada 3.5 bilion pound (RM16.791 bilion) didagangkan di bandar itu dimiliki pembeli Asia.  – REUTERS

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.068792 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list