CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 169|Reply: 0

IHH kini pengendali hospital swasta antara terbesar di dunia

[Copy link]
Post time 25-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Khazanah beli 75 peratus ekuiti rangkaian pusat kesihatan  di TurkiINTEGRATED Healthcare Holdings Sdn Bhd (IHH) yang dikuasai 62 peratus sahamnya oleh Khazanah Nasional Bhd muncul sebagai pengendali rangkaian perubatan swasta antara terbesar dunia setelah memuktamadkan pembelian 75 peratus ekuiti dalam Acibadem Saglik Yagtirimlari Holdings AS (ASYH).\n\n\n\n  Dengan muktamadnya pembelian dalam syarikat pegangan Acibadem Saglik Hizmetleri ve Ticaret AS (Acibadem), iaitu rangkaian hospital terbesar Turki itu, IHH mendapat tambahan 1,800 katil, sekali gus meningkatkan jumlah katil di bawah kumpulan itu kepada 12,300 dengan 83 hospital, di belakang rangkaian perubatan swasta terbesar dunia ketika ini, iaitu Hospital Corporation of America (HCA) dengan 163 hospital.\n\n\n\n\n  Pengasas, Pengerusi dan Ketua Eksekutif ASYH, Mehmet Ali Aydinlar berkata, ada pelbagai kaedah untuk menjadikan IHH berada pada kedudukan itu berdasarkan bilangan hospital dan jumlah katil.“Kedudukan antara terbesar itu adalah berdasarkan kepada jumlah katil, sekali gus menaikkan taraf hospital itu ke peringkat global,” katanya pada sidang media selepas majlis pertukaran dokumen sempena penyempurnaan pembelian 75 peratus kepentingan ASYH oleh IHH dan Khazanah itu di Istanbul, Turki semalam.Hadir sama Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar; Pengerusi IHH, Tan Sri Dr Abu Bakar Suleiman serta Pengasas yang juga Ketua Eksekutif Abraaj Capital, Arif Naqvi.Penyempurnaan urus niaga itu dibuat setelah semua pihak berpuashati dengan perkara berkaitan perjanjian bersyarat yang dimeterai pada 23 Disember lalu dan syarat urus niaga pada 30 September.\n\n\nAzman berkata, IHH kini memiliki operasi yang semakin meluas dalam pasaran pertumbuhan tinggi utama dunia.“Sekurang-kurangnya, IHH kini berada di kedudukan kedua di dunia. Potensi pertumbuhan keuntungan dalam sektor ini juga adalah amat baik,” katanya.Sebelum urus niaga itu, ASYH yang dimiliki keluarga Aydinlar dan Abraaj Capital memiliki 92 peratus dalam kepentingan kumpulan rangkaian pusat penjagaan kesihatan Acibadem.Menerusi urus niaga yang dimuktamadkan itu, Khazanah secara tidak langsung menerusi IHH membeli 60 peratus dalam modal saham diperbesarkan ASYH, sementara itu Bagan Lalang Ventures, syarikat tujuan khas miliknya pula membeli 15 peratus kepentingan syarikat Turki itu.Baki 25 peratus lagi akan kekal dipegang pengasas Acibadem, Aydinlar dan keluarganya.Pengambilalihan itu meletakkan nilai keseluruhan pembelian saham Kelas A dan Kelas B Acibadem pada AS$1.68 bilion (RM5.320 bilion).Susulan urus niaga itu juga, kepentingan Khazanah dan Mitsui & Co dalam IHH kini masing-masing susut kepada 62.1 peratus dan 26.6 peratus.Ia adalah untuk memberi laluan kepada kemasukan Abraaj Capital dan keluarga Aydinlar yang masing-masing memegang 4.2 peratus dan 7.1 peratus ekuiti IHH.Aydinlar berkata, perkongsian antarabangsa antara Acibadem dan IHH akan mewujudkan satu kumpulan perubatan yang unik, beroperasi dalam sektor perkhidmatan penjagaan kesihatan merentasi zon Asia Pasifik sehingga ke Asia Barat serta Eropah Tengah dan Timur.“Kami di Acibadem akan bekerjasama rapat dengan IHH untuk bersama-sama mencapai kecemerlangan operasi, selain  berkongsi pengalaman dan rangkaian dalam aspek penjagaan kesihatan lain seperti pendidikan serta pelancongan perubatan,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.532957 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list