CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156|Reply: 0

Soleco bantu Melaka lupus sisa industri

[Copy link]
Post time 26-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pakatan  dengan TPMSB capai bandar teknologi hijauKUMPULAN Soleco Holdings Sdn Bhd (Soleco) menjalinkan usaha sama dengan dengan Teknologi Pembuatan Melaka Sdn Bhd (TPMSB), iaitu anak syarikat milik penuh Kerajaan Melaka untuk meneroka dan membangunkan sistem penyelesaian menyeluruh bagi kerja pengurusan, rawatan dan pelupusan sisa industri serta komersial di negeri berkenaan.\n\n\n\n  Pengarah dan Ketua Eksekutif Soleco, Mohamad Azhar Jamadi, berkata kerjasama itu membolehkan kumpulan berkenaan menyalurkan khidmat dan kepakarannya bagi membantu kerajaan Melaka mencapai sasaran menjadikan   Melaka Negeri Bandar Teknologi Hijau menjelang 2020.\n\n\n\n\n\n  “Selain itu, kerjasama ini juga secara langsung menyokong perancangan kerajaan negeri ke arah menjadikan Melaka bandar raya maju serta berteknologi hijau untuk kehidupan yang selamat, sihat dan sejahtera,” katanya ketika ditemui di Seremban.Kumpulan Soleco yang beribu pejabat di Puchong, Selangor dan mempunyai kilang di Banting, bergiat cergas dalam pembangunan, penyediaan, pembekalan serta pengeluaran produk, perkhidmatan dan penyelesaian menyeluruh berkaitan kejuruteraan pengurusan sisa untuk pasaran tempatan dan luar negara.Antara perkhidmatan dan produk keluaran syarikat berkenaan termasuk sistem pemampat Dustscrew, kaedah pemampat sampah, stesen pemindahan, kemudahan pemulihan bahan (MRF) serta tong sampah mudah alih yang memenuhi keperluan khusus pengurusan, perawatan serta pelupusan sisa secara komprehensif, berkesan, bersih serta mesra alam.TPMSB pula antara lain terbabit dalam menyedia dan meneroka teknologi baru untuk tujuan penggunaan dan komersial, khidmat perundingan kepada usahawan dalam reka bentuk pelabelan dan pembungkusan produk serta teknologi pembuatan dan kejuruteraan.\n\n\nMohamad Azhar berkata, usaha sama melaksanakan pengurusan sisa industri dan komersial itu akan memastikan bahan buangan dari sektor terbabit dirawat, diurus serta dilupuskan dengan berkesan bagi mengelak pelupusan secara haram yang boleh menjejaskan keselamatan umum serta mence-markan alam sekitar. “Program pengurusan sisa yang komprehensif dapat memastikan pembangunan negeri dan sektor perindustrian berjalan seiring dengan persekitaran yang bersih dan hijau.“Contohnya, sistem pelupusan sisa menerusi Loji MRF yang bakal dibangunkan melalui usaha sama ini berupaya mengurangkan sisa dan memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan.“Teknologi MRF juga dapat membantu menyelesaikan masalah untuk melupuskan sisa yang semakin bertambah, sekali gus menyokong perancangan masa depan dalam memulihara alam sekitar supaya lebih mesra alam dengan penggunaan teknologi hijau,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.895630 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list