CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 161|Reply: 0

'Perangkap bookie'

[Copy link]
Post time 27-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Sumber SPRM sahkan hanya seorang pemain Perlis terbabit atur perlawananKANCAH bola sepak tanah air seakan-akan mahu meniti semula \'era kegelapan\'.\n\n\n\nSemalam, sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan hanya seorang pemain skuad Liga Perdana Perlis yang disoal siasat, baru-baru ini disyaki ‘terbabit dengan bookie’ untuk mengatur keputusan perlawanan.\n\n\n\n\n“Buat masa sekarang, siasatan dilakukan mengesahkan hanya seorang saja pemain disyaki terbabit dalam urusan mengatur perlawanan berkenaan.“Kami percaya pemain itu yang dipanggil untuk diambil keterangan mempunyai kaitan dengan bookie terutama bertindak sebagai ‘runner’ kepada bookie terbabit,” kata sumber itu ketika dihubungi di Kangar, semalam.Pemain berkenaan adalah seorang daripada ‘Kumpulan 9’ yang disoal siasat SPRM berhubung kes rasuah membabitkan perlawanan Perlis menentang Majlis Perbandaran (MP) Muar pada 9 Januari lalu.Sumber SPRM berkata, keputusan itu dibuat susulan siasatan dilakukan berhubung kes terbabit, termasuk hasil keterangan beberapa pemain serta pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sejak perkara itu didedahkan badan induk itu, baru-baru ini.\n\n\nSebelum ini, PFA turut mendedahkan wujud peranan bookie yang difahamkan menawarkan ganjaran RM100,000 kepada setiap pemain untuk mengatur keputusan perlawanan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.055060 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list